| Summary: | Kajian ini bertujuan untuk meneliti pengaruh kecerdasan emosi dan tekanan terhadap komitmen dalam kalangan pegawai penjara di Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan. Masalah komitmen berlaku apabila persekitaran organisasi yang tidak selesa, ruang kerja yang terhad dan keperluan persekitaran yang mengatasi sumber yang ada serta sentiasa berdepan dengan ancaman dan risiko semasa b ertu gas. Tekanan kerja terjadi apabila keperluan kerja tidak sepadan dengan keupayaan, kekaburan peranan, sumber dan kehendak pekerja. Gejala ini boleh memberi kesan ke atas psikologi dan fisiologi manusia. Seseorang individu yang berasa tertekan dengan kerja menyebabkan psikologi akan terganggu dan gagal membuat keputusan dengan baik. Ia akan menunjukkan kemurungan yang berpanjangan dan menjejaskan kesejahteraan emosi serta boleh menyebabkan penyakit berbahaya seperti tekanan darah tinggi, sakit jantung dan melemahkan sistem pertahanan badan situasi ini juga boleh menjejaskan prestasi kerja mereka dan menjejaskan komitmen organisasi. Kecerdasan emosi merupakan komponen yang penting dalam mempengaruhi dalam mengurangkan tekanan kerja dan meningkatkan komitmen. Objektif kajian ini ialah untuk mengukur pengaruh kecerdasan emosi dan tekanan terhadap komitmen organisasi dalam kalangan pegawai penjara. Seramai 175 orang pegawai penjara dipilih secara persampelan bertujuan sebagai sampel kajian. Instrumen soal selidik ialah Kecerdasan Emosi, Tekanan dan Komitmen Organisasi digunakan dalam kajian ini. Peri sian komputer IBM Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) Statistics 20 dengan kaedah statistik deskriptif, korelasi Pearson dan pekali regresi digunakan untuk menganalisis data yang diperoleh. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara faktor kecerdasan emosi dan tekanan terhadap komitmen organisasi. Manakala analisis pekali regresi menunjukkan terdapat pengaruh yang signifikan kecerdasan emosi dan tekanan terhadap komitmen organisasi. Hasil kajian ini juga diharapkan dapat membantu mengatasi masalah tekanan kerja dan komitmen serta memperlihatkan betapa pentingnya kecerdasan emosi dalam kehidupan manusia khususnya penjawat awam. Di samping itu juga dapat menambahkan kefahaman konsep kecerdasan emosi diaplika i terutamanya
dalarn kalangan pegawai penjara.
|