| Summary: | Kajian ini adalah bidang kajian etnografi-budaya dengan memberi fokus terhadap Wau Kapal negeri Selangor. Kajian ini mendokumentasikan secara menyeluruh segala maklumat mengenai Wau Kapal negeri ini, meliputi sejarah asal-usul, ciri-ciri, proses pembuatan dan aktiviti-aktiviti dalam permainannya. Objektif kajian ini mengumpul dan seterusnya mendokumentasikan segala aspek yang berkaitan dengan Wau Kapal bagi tujuan pemeliharaan (preservation) dan pemuliharaan (conservation) bahan warisan bangsa. Kaji n ini r levan dan penting kerana Wau Kapal m ngalami kepupusan akibat daripada perkembangan pesat modenisasi. Kajian yang dilakukan merangkumi semua daerah dalam negeri Selangor tetapi maklumat-maklumat yang dikumpul dalam kajian ini adalah diperoleh daerah-daerah berikut: Kuala Selangor, Sabak Bernam, Klang, Sepang dan Kuala Langat. Ini kerana di daerah-daerah lain tidak mempunyai pengamal/pemain wau iru. Matlamat diperoleh dengan menggunakan kaedah pemerhatian, partisipasi dan temubual dengan tokoh-tokoh berwibawa dalam bidang ini, antaranya, Tuan Haji Yahya B. Yusof (bekas pengadil kebangsaan dalam permainan wau dan tokoh Penggerak Budaya Seni Tradisi Negeri Selangor tahun 2005), Tuan Haji Marnon B. Mansor (pengamal, pemain dan bekas pengadil kebangsaan dalam permainan wau) dan Encik Samuri B. Rajakun (pengamal permainan ini yang terkenal sekian lama). Kajian ini mendapati Wau Kapal merupakan salah satu warisan watan negeri elangor yang penting dan sekali gus sangat perlu dipelihara (preserve) dan dipulihara (conserve) kerana ia merupakan salah satu lam bang jati diri Melayu negeri ini. Ciri-ciri warisan pada wau ini ialah elemen dan konsep reka bentuknya tidak mempunyai unsur-unsur yang bertentangan dengan Islam seperti bentuk haiwan atau imej-imej agama lain, sebaliknya, ia menggunakan unsur-unsur alam semula jadi sepenuhnya dan juga objek-objek buatan manusia iaitu imej kapal yang menjadi asas tema wau ini sendiri. Wau Kapal juga dilihat bukan sahaja sejenis permainan bagi mengisi masa lapang dan cara berhibur, namun merupakan budaya bend a yang dapat menyampaikan maksud pengajaran, nilai-nilai murni, cara hidup masyarakat tradisional melalui rekabentuk dan ragam hiasnya yang unik. Kajian ini juga mendapati Wau Kapal juga dapat menjadi mekanisme perpaduan pelbagai daerah dan suku-kaum. Ini dapat dilihat semasa dianjurkan pertandingan wau ini
|