| Summary: | Dewasa ini kita melihat kemaksiatan berleluasa dalam kalangan pemuda Islam Hal ini terjadi disebabkan oleh pengaruh pelbagai fahaman yang berbentuk bacaan, isual dan audio telah memberi kesan negatif kepada akhlak generasi muda. Mereka terikut-ikut dengan cara hidup barat dan timur dari segi pemakaian, emosi dan tingkahhku yang terhasil dari pembacaan, mendengar dan melihat fahaman-fahaman yang dibawa kepada mereka. Justeru, al-Quran mempunyai pelbagai pendekatan untuk menyelesaikan masalah kontemporari ini, Maka objektif kajian ini ialah untuk menerangkan pendekatan yang perlu diambil untuk menghadapi permasalahan yang wujud dalam generasi muda Islam kontemporari melalui kisah Nabi Yusuf a.s. Kisah ini merupakan satu model al-Quran dalammemelihara generasi muda Islam daripada terpengaruh dengan anasir-anasir dan fahaman-fahaman negatif dengan mengutarakan kaedah-kaedah, asas-asas dan ciri-ciri penting yang perlu diserapkan dalam pembinaan generasi muda Islam kini.Justeru, pendekatan kisah ini dapat memberi kesan kepada pembentukan pemuda Muslim kontemporari melalui pengamatan dan penelitian dari kisah hebat ini. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian deskriptif induktif dan deduktif telah digunakan berdasarkan AI¬Quran dan tafsir, Hadis beserta syarah hadis, dan kajian-kajian ilmiah yang berkenaan dengan masalah-masalah dalam kalangan pemuda-pemudi dan cara penyelesaiannya. Analisis data dilakukan untuk mengetahui keperibadian seorang Muslim kontemporari dan pembentukannya melalui kisah Nabi Yusuf a.s secta menentukan ciri-ciri positif daripada kisah tersebut. Hasil kajian mendapati kisah Nabi Yusuf a.s mengandungi pelbagai kaedah pendekatan yang boleh dilaksanakan dalam pembentukan peribadi Muslim kontemporari. Pendekatan-pendekatan tersebut adalah peringatan dan nasihat, galakan dan ancaman, memberikan perumpamaan pada setiap peristiwa serta menerangkan ganjaran baik dan balasan buruk. Selain itu, dapatan mendapati asas kepada peribadi Muslim kontemporari yang terdapat dalam kisah tersebut adalah: tauhid, ilmu, ibadah, pergaulan dan keberanian. Adapun ciri-ciri peribadi yang memberi kesan dalam membentuk peribadi Muslim kontemporari adalah ikhlas, niat yang benar, reda dengan takdir Ilahi, rahmat dan kuat pend irian terhadap kebenaran, berbakti kepada ibubapa, memelihara diri dengan bertakwa, meminta pertolongan daripada Allah, ihsan, mengikut petunjuk yang betul dan sifat-sifat yang menunjukkan pendirian yang kuat terhadap kebenaran dalam menghadapi ujian dan kesusahan hidup.ajian ini mencadangkan pendekatan-pendekatan dan asas-asas dalam membentuk peribadi muslim kontemporari berdasarkan kisah Nabi Yusuf serta usaha-usaha dalam menanamkan ciri-ciri peribadi muslim dalam diri muslim masa kini secara menyeluruh.
|