| Summary: | Dalam konteks organisa i masa irn ciri-ciri personaliti, motivasi, autonomi pembelajaran, gaya kepimpinan dan ganjaran merupakan antara anteseden penting dalam mempengaruhi prestasi kerja. Walau bagaimanapun pendedahan tentang prestasi kerja penjawat awam oleh pihak media massa seperti kelewatan memberikan perkhidmatan, ketidakcekapan melaksanakan tugas, kualiti perkhidmatan yang tidak memua kan, tahap akauntabiliti dan integriti yang tidak memuaskan menjadi penghalang kepada penyampaian sistem perkhidmatan. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh ciri-ciri personaliti, motivasi, autonomi pembelajaran dan gaya kepimpinan terhadap prestasi kerja. Kajian ini juga bertujuan untuk menentukan faktor yang paling mempengaruhi prestasi kerja. Selain itu, kajian juga bertujuan untuk mengenal pasti kesan ganjaran sebagai penyederhana dalam hubungan antara pengaruh ciri-ciri personaliti, motivasi, autonomi pembelajaran dan gaya kepimpinan terhadap prestasi kerja. Populasi dalam kajian ini adalah 16,960 staf Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang melibatkan sam pel sebanyak 600 responden serta menggunakan persampelan rawak berstrata. Kajian ini menggunakan Skala Likert Interval 10-poin serta instrumen soal selidik sebagai alat kajian utama bagi mengumpul data. Seterusnya, data kajian dianalisis menggunakan kaedah Analisis Pengesahan Faktor (CFA) dan Model Persamaan Struktural (SEM) dengan menggunakan perisian AMOS. Dapatan kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhan ciri-ciri personaliti, motivasi, autonomi pembelajaran dan gaya kepimpinan m nyumbang kepada prestasi kerja sebanyak 37 peratus. Analisis SEM menunjukkan pengaruh daripada ciri-ciri personaliti, motivasi, autonomi pembelajaran dan ga a kepimpinan, terhadap prestasi kerja adalah signifikan, Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan motivasi merupakan pemboleh ubah paling signifikan dalam mempengaruhi prestasi kerja. Seterusnya, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa ganjaran berperanan sebagai penyederhana dalam hubungan antara pengaruh ciri-ciri personaliti, motivasi, autonomi pembelajaran dan gaya kepimpinan terhadap prestasi kerja. Kajian ini membuktikan bahawa prestasi kerja seseorang individu pekerja itu mampu ditingkatkan sekiranya gabungan ciri-ciri personaliti, motivasi, autonomi pembelajaran, gaya kepimpinan dan ganjaran terhadap prestasi kerja berada dalam keadaan yang baik. Oleh itu, implikasi dapatan kajian, limitasi kajian, dan cadangan bagi kajian susulan dibincangkan.
|