Analisis syiah melalui buku Thumma Ihtadaytu karya Muhammad al-Tijani al-Samawi menurut perspektif Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah

Kajian ini bertajuk analisis Syiah melalui buku Thumma Ihtadaytu karya Muhammad al- Tijani al-Sarnawi menurut perspektif Ahl al-Sunnah Wa alJamd 'ah. Kajian ini tertumpu kepada doktrin al-Samawi terhadap akidah, sumber rujukan Ahl al-Sunnah Wa al-Jamii ah, sahabat Nabi Muhammad SAW dan 'Ad...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Zaida Zainal Abidin (Author)
Corporate Author: Universiti Sultan Zainal Abidin . Faculty of Islamic Contemporary Studies
Format: Thesis Book
Language:Malay
Subjects:
Description
Summary:Kajian ini bertajuk analisis Syiah melalui buku Thumma Ihtadaytu karya Muhammad al- Tijani al-Sarnawi menurut perspektif Ahl al-Sunnah Wa alJamd 'ah. Kajian ini tertumpu kepada doktrin al-Samawi terhadap akidah, sumber rujukan Ahl al-Sunnah Wa al-Jamii ah, sahabat Nabi Muhammad SAW dan 'Adalah al-Sahiibah. Persoalan kajian ini adalah, siapakah Muhammad al- TIjanI al-Samawi serta sumbangan beliau kepada Syiah, apakah doktrin-doktrin Syiah yang dibahaskan oleh Muhammad al-Tljanl al-Samawi dalam bukunya Thumma Ihtadaytu dan apakah perbezaan pernikiran al-Samawi dengan akidah Ahl alSunnah Wa al-Jama 'ah. Sementara objektif kajian pula adalah untuk mengkaji Muhammad al- Tijani al-Sarnawi dan sumbangannya dalam mempertahankan ajaran Syiah,mengkaji doktrin-doktrin Syiah yang terdapat dalam buku Thumma Ihtadaytu dan menganalisis doktrin-doktrin utama Syiah Muhammad al- Tijani alSamawi menurut perspektif Ahl al-Sunnah Wa al-Jamii 'ah. Kajian ini ber ifat kualitatif. Semasa proses pengumpulan data, penulis menggunakan metode dokumentasi dan metode historatif. Selanjutnya, data-data dianalisis dengan menggunakan kaedah induktif, deduktif, komparatif dan historatif. Dapatan daripada kajian ini mendapati, pendapat al-Samawi dalam isu akidah iaitu dalam topik al- 'Ismah, al-Wilayah, kewalian al-Kazim, memanipulasikan sumber-sumber rujukan Ahl al-Sunnah Wa al-Jama 'ah. pandangan beliau yang negatif terhadap sahabat Nabi Muhammad SAW dan juga'Adalah al-Sahabah adalah berbeza dengan pandangan aliran Ahl al-Sunnah Wa al-Jamii 'ah. Ahl al-Sunnah Wa alJamii 'ah berpendapat bahawa konsep al- 'Ismah, al-Wilayah dan kewalian aI-Kazim hanyalah konsep yang diciptakan oleh Syiah semata-mata bagi menjunjung kedudukan imam-imam mereka. Berkenaan sumber-sumber rujukan Ahl alSunnab Wa al-Jamii 'ah pula, aliran Ahl al-Sunnah Wa al-Jamii "ah berpegang kepada al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW sebagaimana yang diwahyukan oleh Allah SWT tanpa ada perubahan dan penyelewengan. Seterusnya, Ahl alSunnali Wa al-Jamii 'ah juga melarang daripada menghina sahabat Nabi Muhammad SAW kerana mereka semua adalah adil dan telah dibuktikan mengenai kelebihan dan kemuliaan mereka di dalam al-Quran dan hadis.
Physical Description:xiv, 234 leaves ; 30 cm.
Bibliography:Includes bibliographical references (pages 222-233)