| Summary: | Kecantikan merupakan fitrah manusia yang disukai dan mereka sentiasa berusaha untuk mendapatkannya. Islam sebagai agama fitrah telah meletakkan kecantikan pada tempat yang sangat tinggi di dalam shariatnya. Namun pada zaman mutakhir ini berlaku amalan yang bercanggah dengan syariat Islam berhubung soal kecantikan. Mereka tidak menghiraukan soal halal dan haram dalam pengamalan kecantikan ini. Pada masa yang sarna terdapat pula segelintir umat ini yang cuba memperlekeh nilai amalan kecantikan malah ada pula golongan yang menganggap seperti ada pertentangan di antara amalan kecantikan dan Islam. Mereka manganggap kecantikan adalah sesuatu yang terlarang lalu mereka meninggalkan amalan ini dalam kehidupan. Sikap sebegini telah memberi peluang kepada musuh-musuh Islam daripada kalangan orentalis dan kumpulan liberal untuk memburukkan Islam dan umat Islam atas dakwaan Islam menghalang umatnya daripada melakukan amalan kecantikan dan perhiasan. Kajian ini bertujuan untuk menghimpun dan menjelaskan sumber, kriteria dan dasar-dasar kecantikan di dalam Islam serta membuat penjelasan hubungkait di antara amalan kecantikan dan Islam. Ia juga menjelaskan bagaimana Islam menerapkan dasar-dasar kecantikan luaran melalui praktik sunnah nabi SAW dan instrumen yang diguna pakai oleh nabi SAW dalam amalan kecantikan baginda. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan analisis kandungan melalui pros s pengumpulan data-data lalu dibuat interpretasi secara kritis dan pencedukan hukum sehingga membawa kepada penemuan dapatan penyelidikanTerdapat pelbagai sumber bagi dasar-dasar amalan kecantikan di dalam Islam. al-Quran dan al-sunnah adalah antara sumber terbesar dan terpenting apabila di dalamnya dimuatkan perkhabaran tentang kecantikan dan keindahan alam ghaib. Deria dan akal manusia juga merupakan sumber menentukan kecantikan, oleh yang demikian Islam sangat menitik beratkan sumber-sumber berkenaan. Kedudukan amalan kecantikan di dalam Islam sebenarnya dikategorikan sebagai tuntutan al-kamaliyat iaitu satu tuntutan selepas keperluan daruri at dan keperluan hajiyat. Amalan kecantikan di dalam Islam mempunyai beberapa dasar dan kriteria yang perlu dipatubi. Kriteria ini ada yang bersifat umum dan ada yang bersifat khusus. Sekiranya am alan kecantikan ini memenuhi kriteria dan dasar yang ditetapkan maka tiada sebarang larangan kepada seseorang muslim untuk mengamalkannya. Namun sekiranya amalan tersebut bercanggah dengan da ar dan kriteria yang ditetapkan di dalam Islam, maka ia wajib dijauhi. Instrumen atau alatan kecantikan pula memainkan peranan yang besar dalam amalan kecantikan seseorang. Nabi SAW sendiri menggunakan beberapa alatan kecantikan yang terdapat pada zaman baginda. Baginda menggalakkan orang-orang Islam menggunakan alatan-alatan tertentu berdasarkan kepentingannya di dalam menzahirkan kecantikan tetapi perlu mematuhi kriteria dan dasar yang telah ditetapkan seperti tidak bercanggah dengan nas syarak dan juga uruf serta tidak membawa kepada kemudaratan. Sesungguhnya tiada ebarang percanggahan dalam Islam di antara seruan dan ajakan kepada amalan kecantikan dan suruhan supaya hidup secara zuhud dan tawaduk. Seorang muslim boleh menyelaraskan di antara hidup secara zuhud dan mengamalkan penampilan segak lahiriah bagi menyempurnakan tuntutan kecantikan dalaman. Kerana itu Islam telah menampilkan beberapa dasar atau syariat yang boleh membantu umatnya tampil segak dan menjadikan amalan ini termasuk dalam perkara yang diamalkan secara taabbudi untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
|