| Summary: | Kajian ini ingin melihat pengaruh agama sebagai surnber pembentukan dasar luar Malaysia selain dari surnber konvensional seperti politik dan ekonomi. Perkembangan politik antarabangsa di mana agama semakin dilihat sebagai faktor yang tidak boleh diketepikan untuk menerangkan sesuatu tingkah laku negara melalui dasar luar mereka. Di dalam aspek ini, penulis menerangkan realiti penglibatan Malaysia dalam politik antarabangsa dengan mengkaji penglibatan Malaysia dalam isu Bosnia Herzegovina dan Palestin. Teori konstruktivisme yang melihat peranan budaya, identiti, idea, norma dan kepercayaan akan menerangkan secara teoritikal fenomena pengaruh agama Islam dalam pembentukan dasar luar Malaysia terhadap Bosnia sekitar tahun 1990an dan Palestin hari ini. Malaysia sebagai sebuah negara Islam jelas mengutuk keganasan yang berlaku, tidak menjalin hubungan dengan Israel dan memberi bantuan kepada masyarakat Palestin dan Bosnia Herzegovina dalam polisi dasar luarnya. Selain itu, kajian ini juga akan melihat sumbangan pertubuhan bukan kerajaan (NOO) berasaskan Islam yang memainkan peranan dalam memberi input dan maklurnbalas yang berguna untuk membentuk dasar luar Malaysia yang dinamik dan pragmatik terhadap kedua-dua negara tersebut.
|