أعمال الجاهلية التي أقرها الأسلام وهذبها: دراسة تحليلية نقدية

Islam datang sebagai agama rahmah, adil dan hidayah dan seruannya ditujukan kepada seluruh manusia. Di antara prinsip islam iaIah mengubah dan memperakui. Ketikalslam datang , didapati orang jahiliyyah berpegang dengan beberapa amalan dan akhlak yang sebahagiannya adalah baik dan diterima serta dimu...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: جالد علي علي دهمة (Author)
Corporate Author: Universiti Sultan Zainal Abidin . Faculty of Islamic Contemporary Studies
Format: Thesis Book
Language:Arabic
Published: 2017
Subjects:
Description
Summary:Islam datang sebagai agama rahmah, adil dan hidayah dan seruannya ditujukan kepada seluruh manusia. Di antara prinsip islam iaIah mengubah dan memperakui. Ketikalslam datang , didapati orang jahiliyyah berpegang dengan beberapa amalan dan akhlak yang sebahagiannya adalah baik dan diterima serta dimurnikan , manakaIa sebahagian lagi amalan yang buruk yang ditolak dan tidak diakui.Perubahan dan pemurniaan bukan sahaja tertentu kepada keadaan orang jahilyyah bahkan ianya meliputi seluruh manusia, sama ada orang arab ataupun bukan arab. Ini kerana ajaran Islam adalah ajarn untuk semua. Amalan mereka yang baik diakui, manakala amalan yang buruk diubah. AmaIan orang jahiliyyah yang diakui oleh Islam adalah diambil apa diwarisi daripada agama nabi yang terdahulu , daripada fitrah yang bersih dan daripada aqaI yang waras yang menjadi ciri-ciri khusus kepada sebahagian pemimpin arab pada zaman jahiliyyah, Sesungguhnya Islam telah berjaya mengajak manusia kepadanya dengan hikmah dan dengan apa yang boleh memberi kebaikan kepada hamba-hamba. Islam juga datang dengan menyatakan bahawa bukan semua amaIan jahiliyyah dirobohkan. Kajian ini bertujuan menerangkan pendirian Islam yang sebenar terhadap amaIan jahiliyyah di mana Islam berinteraksi dengan mereka berdasarkan adat mereka kebiasaannya mereka, dan Kajian ini berdasarkan kajian analisis kritis untuk mendedahkan tentang amalan jahiliyyah dan menganalisanya dan membezakan apa yang diakui oleh Islam dan dimurnikan dan apa yang ditolak dan dibataIkan.Kajian ini juga berdasarkan method istinbat dengan dinyatakan dalil yang menyokong amaIan yang diakui dan dirnurnikan. Di antara hasil dapatan yang terpenting daIam kajian iill ialah Islam tidak menangani amaIan jahiliyyah dengan satu cara sahaja, bahkan ada yang Islam rnemperakuinya dan memurnikannya erta membatalkannya mengikut keadaan arnalan tersebut.Inilah keadilan dan keinsafan yang sebenarnya . Begitu juga masyarakat jahiliyyah bukanlah seperti yang digambarkan kepada kita, bahkan mereka tidak terkeluar daripada sifat masyarakat manusia lain. Terdapat di daIam masyarakat terse but amalan dan udi pekerti yang mulia yang memberi kekuatan kepada Islam dan keteguhan.Kajian ini juga telah mengurnpulkan sebanyak 68 amaIan masyarakat jahiliyyah yang diakui dan dimurnikan oleh Islam. Oleh itu menjadi kewajipan ke atas para pendakwah dan pengislah ketika mereka hendak mengubah seluruh keadaan manusia dan adat mereka , tidak meroboh sepenuhnya kemudian kembaIi membina yang baharu . apa yang wajib ke atas mereka ialah mengubah amaIan yang tidak baik sahaja sama ada ianya berkaitan akiqah atau ibadah atau peraturan.Adapun amaIan yang baik maka hendaklah diakui dan dikekalkan . Begitu juga hendaklah mereka memperakui syariat sebelum Islam dan fitrah yang suci serta pemikiran yang betul yang mana ianya menjadi faktor yang membantu daIam memperakui dan memurnikan sebahagian daripada amalan jahiliyyah.Kajian ini juga menunjukkan di antara kebijaksanaan Islam ialah ketika mana Islam memperakui amaIan yang telah wujud dalam masyarakat jahiliyyah disebabkan sesuatu hikrnah, Islam membersihkan amalan terse but daripada penyembahan berhala dan menghalakan amalan tersebut hanya kepada Allah sarna ada dari segi sebutan atau qasad.