Peranan organisasi bukan kerajaan (NGO) dalam hubungan Malaysia-Palestin

Secara umurnnya, kebanyakan penyelidikan akademik dalam hubungan antarabangsa atau secara khususnya dalam dasar luar, memfokuskan pendekatan Realisme yang bersifat 'state-centric' dalam mengkaji dan menerangkan hubungan serta interaksi antara negara. Walau bagaimanapun, pada abad ke-21, di...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Noor Atika Shafinaz Nazri (Author)
Corporate Author: Universiti Sultan Zainal Abidin . Faculty of Law and International Relations
Format: Thesis Book
Language:Malay
Subjects:
Description
Summary:Secara umurnnya, kebanyakan penyelidikan akademik dalam hubungan antarabangsa atau secara khususnya dalam dasar luar, memfokuskan pendekatan Realisme yang bersifat 'state-centric' dalam mengkaji dan menerangkan hubungan serta interaksi antara negara. Walau bagaimanapun, pada abad ke-21, diskusi mengenai peranan aktor bukan negara dalam dasar luar negara telah berkembang. Terdapat sarjana yang mengakui bahawa aktor bukan negara seperti organisasi bukan kerajaan (NOO) adalah salah satu daripada aktor penyumbang dalam proses membuat dasar luar sesebuah negara. Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat peranan beberapa NOO Malaysia yang menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Palestin yang dilihat bukan sahaja sejajar dengan prinsip-prinsip dasar luar Malaysia malah mengukuh dan menambah baik hubungan Malaysia-Palestin. Kajian ini telah mengenal pasti peranan dan sumbangan beberapa NOO Malaysia dalam membantu Palestin, melihat interaksi antara NOO terbabit dengan dasar luar Malaysia serta merumuskan peranan dan sumbangan tersebut dalarn hubungan Malaysia-Palestin. Pengkaji telah menganalisa kajian dengan menggunakan kaedah temubual bersama tiga NOO di Malaysia iaitu Aqsa Syarif, Arnan Palestin dan Viva Palestina Malaysia. Pemilihan ini dibuat kerana penglibatan ketiga-ketiga NOO tersebut adalah sangat aktif dalarn meningkatkan kesedaran isu Palestin di Malaysia dan konsisten dengan aktiviti kemanusiaan di Palestin. Hasil dapatan kajian telah menunjukkan walaupun ketiga-tiga NOO tersebut mempunyai matlamat yang sarna iaitu membantu Palestin, namun terdapat perbezaan dari sudut pendekatan peranan dan aktiviti yang dijalankan. Aqsa Syarif dan Arnan Palestin lebih menumpukan kesedaran isu Palestin kepada golongan Muslim manakala Viva Palestina Malaysia telah cuba membawanya sebagai isu kemanusiaan yang sejagat merentasi agama dan bangsa. Selain itu, dapatan kajian menunjukkan bahawa NOO dan Kerajaan Malaysia mempunyai hubungan yang baik sarna ada dalarn mempertingkatkan kesedaran isu Palestin di Malaysia atau menghantar bantuan kemanusiaan di Palestin. Usaha-usaha NOO Malaysia tersebut telah meningkatkan lagi sokongan rakyat Malaysia kepada Palestin dan meningkatkan hubungan dua hala antara Malaysia-Palestin sekaligus mengukuhkan lagi pendirian dasar luar Malaysia yang konsisten menyokong perjuangan Palestin. Kajian mencadangkan kepada Kerajaan Malaysia dalam mewujudkan jalinan kerjasama yang lebih sistematik kepada NOO supaya dasar luar Malaysia terhadap Palestin dapat dipertingkatkan.
Physical Description:xvii, 188 leaves : some colour illustrations ; 30 cm.
Bibliography:Includes bibliographical references (pages 157-171)