مشاركة المرأة في المجالس النيابية : دراسة مقارنة بين آراء الفقهاء المعاصرين والدساتير المصرية

lsu penglibatan wanita dalam arena politik seperti menjadi ahli parlimen merupakan masalah khilafiah dalam kalangan fuqaha. Mereka telah mengerahkan seluruh tenaga untuk mengisfinbaf hukum dalam perkara ini. Perkembangan yang berlaku dalam undang-undang Mesir (bermula tahun 1956 hingga tahun 2014) s...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: ابو الفضل كليب، محمد عبد الحميد (Author)
Corporate Author: Universiti Sultan Zainal Abidin . Faculty of Islamic Contemporary Studies
Format: Thesis Book
Language:Arabic
Subjects:
Description
Summary:lsu penglibatan wanita dalam arena politik seperti menjadi ahli parlimen merupakan masalah khilafiah dalam kalangan fuqaha. Mereka telah mengerahkan seluruh tenaga untuk mengisfinbaf hukum dalam perkara ini. Perkembangan yang berlaku dalam undang-undang Mesir (bermula tahun 1956 hingga tahun 2014) serta senario semasa berkaitan penglibatan wanita dalam parlimen Mesir telah mendorong pengkaji untuk menjelaskan perbezaan antara pendapat para fuqaha dan undang-undang Mesir tentang penglibatan wanita dalam parlimen sebagai pembuat dasar dan juga menjelaskan maksud hak-hak politik bagi wanita. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan pengumpulan data telah menggunakan metode histriografi dan dokumentasi. Bahan-bahan diambil daripada kitab-kitab fiqh, hadis dan sejarah yang muktabar di samping sumber-sumber lain seperti rencana-rencana akhbar dan majalah. Seterusnya, ia dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan, deskriptif dan komparatif. Dapatan menunjukkan bahawa pendapat yang tidak membenarkan wanita melibatkan diri mewakili masyarakat dalam dewan parlimen adalah lebih cenderung untuk dipilih kerana dalilnya yang lebih kuat, lebih-lebih lagi kewujudan wanita dalam bidang seperti ini tidak dianggap sebagai keperluan mendesak. Tambahan pula, kedapatan wanita yang dipilih ke parlimen membuat tuntutan-tuntutan yang bertentangan dengan syariah. Dalam konteks perundangan, Mesir adalah negara Arab yang pertama melantik wan ita sebagai ahli parlimen, namun bilangan mereka adalah amat sedikit. Perbezaan nisbah lantikan ini dapat dilihat dengan jelas berdasarkan Perlembagaan tahun 1956 hingga Perlembagaan tahun 2014 atas sebab-sebab tertentu. Malah, Perlembagaan 2014 memperuntukkan persamaan antara lelaki dengan wanita dalam semua hak sivil dan politik. Hal ini jelas akan melibatkan peranan wanita yang lebih signifikan dalam bidang politik. Walau bagaimanapun, sekiranya penyertaan mereka sudah tidak dapat dielakkan, maka perlulah dibuat garis panduan yang jelas bagi menghalang perkara sedemikian daripada berulang dan syariat Allah kekal dalam kedudukan yang paling tinggi.
Physical Description:185 leaves ; 30 cm.
Bibliography:Includes bibliographical references (166-184 leaves)