Penggunaan kaedah ramalan saintifik berdasarkan kepada kecergasan fizikal dan psikologi atlet remaja

Penurunan prestasi kontinjen Terengganu dalam Sukan Malaysia pada dua tahun yang terakhir telah membuka peluang kepada atlet kontinjen negeri lain untuk mewakili Malaysia dalam acara Sukan Asia dan Olimpik. Tanpa kaedah saintifik dalam pemilihan ramalan atlet yang berpotensi adaIah mustahil bagi men...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Ahmad Bisyri Husin Musawi Maliki (Author)
Corporate Author: Universiti Sultan Zainal Abidin . Faculty of Applied Social Sciences
Format: Thesis Book
Language:Malay
Subjects:
Description
Summary:Penurunan prestasi kontinjen Terengganu dalam Sukan Malaysia pada dua tahun yang terakhir telah membuka peluang kepada atlet kontinjen negeri lain untuk mewakili Malaysia dalam acara Sukan Asia dan Olimpik. Tanpa kaedah saintifik dalam pemilihan ramalan atlet yang berpotensi adaIah mustahil bagi mengekalkan kejuaraan dalam setiap sukan. Sekiranya kaedah model ramalan saintifik diterapkan di peringkat remaja, peluang untuk mengekalkan kejuaraan adalah amat tinggi, Namun, kurangnya kesedaran tentang kaedah model ramalan saintifik pada organisasi sukan di Terengganu dan jurulatih menyebabkan pemilihan atlet berpotensi yang lemah lantas mengakibatkan pre stasi kontinjen Terengganu lemah pada acara Sukan Malaysia Oleb itu, objelctif kajian ini adalah untuk meramal atlet remaja T erengganu yang berpotensi berdasarkan kepada komponen kecergasan fizikal dan psikologi mengilrut jantina, Seramai 398 orang atlet (lelaki = 223, purata umur = 17.38 ± 1.92; perempuan = 175, purata umur = 16.75 ± 2.24) telah terlibat sebagai peserta kajian ini dan menjalani ujian kecergasan fizikal (duduk V dan jangkau, kepantasan, bangkit tubi, tekan tubi, dan 20m lari uJang-alik) serta menjawab soal selidik TEOSQ. Analisis komponen utama digunakan untuk mengenalpasti sumber komponen utama bagi kesemua pembolebubah dan .analisis kluster digunakan untuk mengenalpasti corak kluster yang terbentuk seterusnya input kumpulan yang wujud daripada kecergasan fizikal dan psikologi digunakan untuk meramal atlet yang berpotensi dengan menggunakan anal isis diskriminan. Confusion matrix dalam kaedah stepwise forward bagi atlet remaja lelaki dan perempuan meramalkan seramai 55 orang atlet lelaki (86.10 %) dan 52 orang atlet perempuan (87.43 %) yang berpotensi. Disarankan, penggunaan kaedah ramalan saintifik di dalam mengenalpasti atlet yang berpotensi adalah perlu bagi menentukan sasaran pingat pada setiap kejobanan serta lebih objelctif dan tidak berat sebelab. Hasil dapatan kajian ini juga dapat digunakan oleh atlet, jurulatih, panel-panel sukan untuk pemantauan prestasi atlet dalam mengekalkan kejuaraan. Kajian lanjutan perIu dijalankan untuk melihat peranan komponen psikologikal yang lain dengan prestasi kecergasan fizikal seperti persediaan mental.
Physical Description:xvi, 140 leaves : some colour illustrations ; 30 cm.
Bibliography:Includes bibliographical references (pages 124-132)