| Summary: | Kitab 1 'afsir Fath al-Qadir karangan al-Imam al-Shawkani r.a. mengandungi banyal jenis qiraat di dalamnya. Terdapat lebih daripada 260 qiraat di dalam surah al-Nis dan al-Ma'idah sahaja samada secara berselerak mahu pun terhimpun pada sat! tempat. Qiraat-qiraat tersebut ada yang mutawatir, shaz, sahih dan daif bahkan ad! yang terlalu daif Ada qiraat yang disandarkan kepada imam tertentu dan ada yarg tidak disandarkan. Ada yang disandarkan secara merangkumi semua imam dan aca yang tidak. Ada yang dinyatakan justifikasi sesuatu qiraat dan ada yang tidak dinyatakan. Al-Imam Shawkani tidak mempunyai manhaj yang khusus dalam membahaskan pelbagai qiraat, bahkan beliau hanya menuruti dan menukilkan sahaja daripada para ulama tafsir terdahulu seperti al-Qurtubi, an-Nahhas, al-Su uti, alZamakhshari, Abu Hayyan dan Ibnu Atiyyah. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sumbangan al-Imarn al-Shawkani dalam bidang ilmu qiraat dan juga menjelaskan metod yang beliau gunakan di dalam membuat pentarjihan antara qiraat serta justifikasi di sebalik pemilihan sesebuah qiraat. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang berbentuk analisis kandungan. Analisis secara deskripsi digunakan untuk mengenalpasti jenis-jenis qiraat yang terdapat di dalam surah al-Nisa' dan al-Ma'idah. Seterusnya membuat penjelasan qiraat-qiraat yang mutawatir, shaz, sahih dan juga daif. Pengkaji membuat analisis kritikan terhadap al-Shawkani bagi mengenalpasti sejauhmana ketepatan dan sejauh mana pula kesilapan beliau dalam membuat justifikasi terhadap pemilihan qiraat. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sumbangan al-Irnam al-Shawkani sangat besar boleh dilihat daripada cara beliau membawa jenis-jenis qiraat dan membuat justifikasi terhadap qiraat di dalam kitab Fath al-Qadir. Beliau sering kali bersetuju dengan para uJama tafsir terdahulu malah mengikut metod dan kaedah mereka. Beliau juga dikenali sebagai seorang ulama pengkritik di dalam bidang ilmu qiraat yang banyak menyumbang j ustifikasi kepada qiraat dan mengkritik ulama yang menolak atau mendaifkan qiraat-qiraat yang sahih. Beliau sentiasa berusaha untuk menegakkan qiraat yang sahih. Beliau menegaskan bahawa Qiraat adalah menepati rasam Mushaf Uthmani dan ia adalah merupakan asas kepada bahasa Arab malah bahasa Arab dan juga tatabahasanya harus tunduk kepada al-Quran dan al-qiraat.
|