| Summary: | Lapangan periwayatan hadith masih terbuka kepada kajian ilmiah yang mematangkan perbahasan disiplin ilmu ini. Topik keharusan kanak-kanak mumayyiz untuk meriwayatkan hadith nabawi adalah antara isu yang menarik dalam lapangan periwayatan hadith. Kajian ini bertujuan untuk meninjau sejarah yang mencatatkan sumbangan generasi kanak-kanak mumayyiz dalam bidang periwayatan hadith sejak zaman Nabi saw oleh generasi sahabat sehinggalah ke zaman selepasnya oleh generasi-generasi seterusnya. lni semua dapat membuktikan kepentingan peranan kanak-kanak mumayyiz dalam sejarah ketamadunan ilmu Islam amnya dan tarikh sunnah khasnya. Ia juga membuktikan kecaknaan Islam kepada generasi ini meialui autoriti yang diberikan kepada mereka untuk melaksanakan beberapa tugasan agama mengikut kadar kemampuan intelektual dan fizikal mereka. Kajian ini memberi tumpuan kepada peranan yang dimainkan oleh kanak-kanak mumayyiz dalam meriwayatkan hadith dan sikap ilmuan Islam terhadap periwayatan mereka samada ianya diterima atau ditolak. Kajian ini membawa gambaran sebenar secara praktis dengan mengambil contoh-contoh riwayat yang dilakukan oleh kanak-kanak mumayyiz dari kalangan generasi sahabat sebagaimana yang tercatat dalam al-kutub al-sittah. Penulis menggunakan metod diskriptif dan analisis dalam kajian ini. Metod diskriptif digunakan untuk membawa gambaran tepat rnengenai kepelbagaian pendapat dan aliran dalam menerima atau menolak periwayatan kanak-kanak mumayyiz. Metod ini juga digunakan dengan membawa contoh-contoh terpilih daripada riwayat-riwayat yang melibatkan kanak-kanak mumayyiz dari kalangan generasi sahabat. Sementara metod analisis pula diguna pakai untuk menganalisa pendapat-pendapat yang berbeza serta memurnikan perbezaan ini. Selain itu, kajian ini juga menganalisa dapatan dalil dan pembuktian yang dibawa oleh setiap aliran pemikiran ini. Dapatan terpenting dari kajian ini adalah pemilihan pendapat terkuat dalam isu ini adalah pendapat majoriti ulamak hadith iaitu riwayat kanak-kanak mumayyiz ini diterima di peringkat menerima riwayat dan menangggungnya dari guru. Syarat di peringkat menerima hadith dan menanggung ialah tamyiz dan dhabath (kemampuan mengbafal dan mengingati). Sementara di peringkat menyampaikan dan menunaikan haditb kepada murid, semestinya seorang periwayat hadith itu adalah seorang yang baligh dan mukallaf Iantaran ianya adalah ibadat. Penulis ingin mencadangkan agar topik ini dilanjutkan kajian mengenai peranan yang dimainkan oleh kanak-kanak mumayyiz selepas generasi sababat dalam proses periwayatan hadith ini. Penulis juga membawa resolusi kepada para pendidik supaya memberi perhatian kepada generasi kanak-kanak dalam bentuk pembinaan nilai positif dan penghargaan kepada daya intelek dan pengupayaan minda supaya mereka memiliki kecenderungan dan menanam minat untuk memberi sumbangan kepada pemeliharaan dan penyebaran khazanah hadith nabawi dalam dunia kontemporari.
|