Penerimaan laman youtube sebagai medium dakwah dalam kalangan generasi Y di Universiti Awam Malaysia

Dewasa kini, penggunaan internet semakin meningkat dalam pelbagai peringkat umur termasuklah generasi Y. Situasi ini membawa kepada perubahan dalam kegiatan dakwah Islam berasaskan pengaplikasian medium atas talian. Penggunaan laman YouTube sebagai medium dakwah semakin mendapat sambutan dalam kalan...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Siti Rokiah Ab Rahman (Author)
Corporate Author: Universiti Sultan Zainal Abidin . Research Institute for Islamic Products & Malay Civilization
Format: Thesis Book
Language:Malay
Subjects:
Description
Summary:Dewasa kini, penggunaan internet semakin meningkat dalam pelbagai peringkat umur termasuklah generasi Y. Situasi ini membawa kepada perubahan dalam kegiatan dakwah Islam berasaskan pengaplikasian medium atas talian. Penggunaan laman YouTube sebagai medium dakwah semakin mendapat sambutan dalam kalangan generasi Y. Namun, kewujudan media baharu termasuklah laman YouTube sebagai media dakwah dalam kalangan generasi Y mencetuskan pelbagai isu dan cabaran terutamanya dalam budaya pengguna remaja Islam di Malaysia. Penerimaan laman YouTube dikaitkan dengan faktor-faktor seperti kebergunaan, kemudahgunaan, kredibiliti maklumat dan pengetahuan asas agama seseorang sebelum mengakses laman Y ouTube sebagai medium dakwah. Sebuah model dibina berasaskan kepada Technology Acceptance Model (TAM) daripada Davis (1989) untuk mengkaji penerimaan laman YouTube sebagai medium dakwah daripada sudut perspektif generasi Y Universiti Awam (UA) di Pantai Timur, Semenanjung Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor demografi dan hubungan faktor- faktor seperti kebergunaan, kemudahgunaan, kredibiliti maklumat dan pengetahuan asas agama terhadap kecenderungan laman YouTube sebagai medium dakwah. Selain itu, kajian juga mengenalpasti hubungan kecenderungan dan penerimaan laman YouTube sebagai medium dakwah. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan teknik pensampelan bertujuan. Sampel kajian ini adalah seramai 384 pelajar UA di Pantai Timur, Semenanjung Malaysia iaitu Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP). Data dianalisis menggunakan SPSS V.20 dan SmartPLS 3.0 untuk mencapai objektif-objektif kajian. Hasil dapatan menunjukkan kesemua pembolehubah iaitu kebergunaan, kemudahgunaan, kredibiliti maklumat dan pengetahuan asas agama mempunyai hubungan yang positif dengan kecenderungan dan penerimaan laman YouTube sebagai medium dakwah. Impak yang positif diterima oleh generasi Y melalui penggunaan laman YouTube sebagai medium baharu bagi mendapatkan maklumat agama secara atas tal ian. Penggunaan laman Y ouTube sebagai medium dakwah perlu dimanfaatkan oleh masyarakat Islam dalam memartabatkan Islam ke seluruh pelosok dunia. Kajian ini diharapkan dapat memberi sumbangan kepada pelajar, pemilik laman perkongsian video serta para da'ie mahupun masyarakat umum sebagai rujukan dalam aspek dakwah menerusi penggunaan internet dalam konteks Malaysia.
Physical Description:xviii, 191 leaves : some colour illustrations ; 30 cm.
Bibliography:Includes bibliographical references (pages 154-171)