| Summary: | Kajian ini membincangkan Kajian Kes Program Kesukarelawanan Belia Pembanteras Dadah PKBPD) Di Kuala Terengganu dan Cadangan Model Penambahbaikan Kesedaran Rohani dengan Pembuktian Metafizik Tasawwuf. Masalah program pencegahan penagihan dadah yang dilaksanakan, sebelum ini sebahagian besar berpunca daripada sikap ketidakpedulian masyarakat yang enggan menyertai aktiviti pencegahan dadah. Oleh itu diperlukan perhatian yang serius dari pihak yang bertanggungjawab dalam melaksanakan program pencegahan untuk menyelesaikan permasalahan dadah bagi menuju pencapaian matlamat rakyat Malaysia agar terbebas dari penyalahgunaan dadah. Perlaksanaan program kesukarelawanan belia pembanteras dadah berhubungkait kepada pembangunan masyarakat, khususnya kepada golongan remaja dan belia.Perlaksanaan dari perspektif pentadbiran awam, polisi awam, pengurusan perkhidmatan program pemberdayaan belia, melalui penilaian prestasi program pencegahan dalam membangun kesedaran rohani belia anti dadah berdasarkan cadangan
model penambahbaikan kesedaran rohani berasaskan pendekatan pembuktian metafizik tasawwuf.Penyelidikan ini mempunyai lima (5) objektif iaitu untuk mengenal pasti profil, menilai pandangan peserta terhadap kesesuaian dan keperluan program, menilai pandangan serta terhadap kecekapan program, menilai akauntabiliti agensi dalam melaksanakan program, mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan program dan mengenalpasti cadangan model penambahbaikan kesedaran rohani dengan pembuktian rnetafizik tasawwuf dari pelaksanaan Program Kesukarelawanan Belia Pembanteras Dadah Di Kuala Terengganu (2009-2012).Kajian ini menggunakan kaedah triangulation iaitu gabungan dua kaedah kajian; kuantitatif dan kualitatif.Pengumpulan data primer adalah melalui soal selidik ke atas 245 orang responden yang terlibat dengan Program Kesukarelawanan Rakan Pembanteras Dadah. Data sekunder pula diperolehi dari pelbagai agensi awam, khususnya Buku Panduan Program, senarai peserta, jurnal penyelidikan berkenaan program dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan yang melaksanakan program dengan kerja sama dengan pihak institusi pendidikan dan pertubuhan belia. Data dianalisis menggunakan SPPS dan SEMAMOS.Dapatan kajian mendapati peserta tidak mendapat pendedahan untuk pelan pelaksanaan aktiviti program. Sejumlah 54 peratus peserta tidak berminat menyertai program mencegah masalah dadah, hanya 44 peratus ingin membantu para penagih dadah. Sejumlah 63 peratus peserta tidak mendapat pendedahan rancangan pelaksanaan aktiviti kerana tiada tindakan dan pemantauan daripada pelaksana program selepas peserta mendaftar. Sejumlah 51 peratus peserta tidak pemah menjalankan aktiviti program sepanjang menjadi ahli. Ini menjadikan program tersebut gagal mencapai objektif yang dirancang. Umumnya ramai diantara peserta yang telah mengikuti PKBPD belum ada kesedaran membantu mencegah pertambahan penagih dadah. Oleh itu perlu ada satu model baru sebagai cadangan model penambahbaikan program yang dapat menjayakan PKBPD dimasa hadapan. Model yang akan dicadangkan berasaskan pembuktian metafizik tasawwuf melalui kajian sains dan teknologi seperti (biologi, biokimia, biofizik dan ict).
|