Penerimaan pelaksanaan aktiviti dakwah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam kalangan masyarakat orang asli di negeri Terengganu

Kajian ini bertujuan untuk meninjau penerimaan pelaksanan aktiviti dakwah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam kalangan masyarakat Orang Asli di Negeri Terengganu. Objektif utama kajian ini untuk meneliti apakah peranan dan cabaran yang dihadapi oleh JAKIM dalam usaha berdakwah kepada golon...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Jamilah Mohd Zain (Author)
Corporate Author: Universiti Sultan Zainal Abidin . Faculty of Islamic Contemporary Studies
Format: Thesis Book
Language:Malay
Subjects:
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk meninjau penerimaan pelaksanan aktiviti dakwah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam kalangan masyarakat Orang Asli di Negeri Terengganu. Objektif utama kajian ini untuk meneliti apakah peranan dan cabaran yang dihadapi oleh JAKIM dalam usaha berdakwah kepada golongan tersebut, kedua mengkaji aktiviti-aktiviti dakwah yang dilaksanakan oleh JAKIM terhadap masyarakat Orang Asli dan ketiga mengenal pasti penerimaan masyarakat Orang Asli terhadap aktiviti dakwah yang dilaksanakan oleh JAKIM. Kajian ini adalah penting untuk melihat sejauh mana penerimaan masyarakat Orang Asli terhadap pelaksanaan aktiviti dakwah JAKIM selama ini. Penulisan ini adalah kajian berbentuk kualitatif. Bagi mencapai tujuan tersebut, penulis telah menggunakan dua kaedah utama pengumpulan data iaitu kajian lapangan dan kajian dokumen. Dalam kajian lapangan, penulis menggunakan metode temu bual dan pemerhatian serta melalui sesi lawatan atau penyertaan bersama mereka dalam aktiviti yang dijalankan. Begitu juga pencarian maklumat diperoleh daripada dokumen yang disediakan oleh pihak JAKIM. Data primer dan sekunder yang diperolehi kemudiannya dianalisis dengan menggunakan metode induktif dan deduktif berdasarkan keperluan kajian. Hasil daripada kajian ini, penilis mendapati bahawa JAKIM telah memberikan sumbangan yang besar dalam melaksanakan aktiviti dakwah terhadap golongan sasar. JAKIM telah menjalani aktiviti secara jayanya, namu masih terdapat beberapa kelemahan dan halangan yang lahir daripada penerimaan masyarakat Orang Asli. Secara keseluruhannya, walaupun aktiviti dakwah kepada masyarakat Orang Asli telah banyak dilakukan oleh JAKIM, namun sambutan dan penghayatan mereka kepada ajaran Islam masih lagi lemah. Hasil dapatan juga mendedahkan penerimaan masyarakat Orang Asli terhadap aktiviti-aktiviti dakwah yang dilaksanakan dari segi berwudhuk, hadas besar, menutup aurat dan lain-lain lagi. Natijahnya, beberapa perubahan amali dapat dilihat dengan jelas dalam rutin kehidupan mereka.
Physical Description:xx, 378 leaves : illustration (some color) ; 30 cm.
Bibliography:Includes bibliographical references (leaves 244-258)