Amalan pentaksiran pembelajaran dalam kalangan pensyarah Institut Pendidikan Guru (IPG)

Pentaksiran memainkan peranan yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam bilik darjah. Proses pentaksiran yang berlaku lebih memberi penekanan kepada pentaksiran pensyarah tanpa melibatkan pentaksiran pembelajaran pelajar. Perhatian yang serius perlu diberikan kerana bakal guru da...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Yuslaini Yunus (Author)
Corporate Author: Universiti Sultan Zainal Abidin . Faculty of Islamic Contemporary Studies
Format: Thesis Book
Language:Malay
Subjects:

MARC

LEADER 00000cam a2200000 7i4500
001 0000090282
005 20220215093000.0
008 161228s2016 my may
040 |a UniSZA   |e rda 
050 0 0 |a LB3051   |b .Y87 2016 
090 0 0 |a LB3051   |b .Y87 2016 
100 0 |a Yuslaini Yunus ,   |e author 
245 1 0 |a Amalan pentaksiran pembelajaran dalam kalangan pensyarah Institut Pendidikan Guru (IPG)   |c Yuslaini Yunus 
264 0 |c 2016 
300 |a xvii, 407 leaves :   |b illustration ;   |c 30 cm. 
336 |a text  |2 rdacontent 
337 |a unmediated  |2 rdamedia 
338 |a volume  |2 rdacarrier 
502 |a Thesis (Degree of Doctor Philosophy) - Universiti Sultan Zainal Abidin, 2016 
504 |a Includes bibliographical references (leaves 359-386) 
505 0 |a 1. Pengenalan -- 2. Sorotan literatur -- 3. Metodologi kajian -- 4. Dapatan kajian -- 5. Rumusan dan perbincangan 
520 |a Pentaksiran memainkan peranan yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam bilik darjah. Proses pentaksiran yang berlaku lebih memberi penekanan kepada pentaksiran pensyarah tanpa melibatkan pentaksiran pembelajaran pelajar. Perhatian yang serius perlu diberikan kerana bakal guru dapat memanfaatkan diri mereka selaku pentaksir terhadap kerja mereka sendiri. Tujuan kali ini adalah untuk meneroka amalan pentaksiran pembelajaran iaitu pentaksiran untuk pembelajaran (PuP) (assesment for learning), pentaksiran sebagai pembelajaran (PsP) (assesment as learning), pentaksiran kepada pembelajaran (PkP) (assesment of learning) dan pentaksiran akhlak (PA) yang dilakukan dalam usaha mempertingkatkan pencapaian akademik dan membentuk akhlak pelajar. Penyelidikan ini merupakan kajian kualitatif yang berbentuk kajian kes. Kajian ini dijalankan di tiga buah Institut Pendidikan Guru (IPG) iaitu IPG Kampus Dato' Razali Ismail, IPG Kampus Sultan Mizan dan IPG Kampus Kota Bharu. Sampel dipilih secara bertujuan (purposive sampling) dengan melibatkan enam orang pensyarah dan sembilan orang pelajar. Triangulasi kaedah pengumpulan data dilaksanakan dengan menggabungkan data temu bual separa berstruktur sebagai data utama., pemerhatian, analisis dokumen dan perbincangan berkumpulan (focus group discussion) pelajar sebagai data sokongan. Data ini kemudiannya dianalisis menggunakan ATLAS.ti untuk menghasilkan tema dan kategori yang dilaporkan secara deskriptif dan interpretif. Kesahan dan kebolehpercayaan dilakukan melalui pengesahan pakar dan semakan peserta kajian (members check). Kajian ini mendapati, terdapat keseragaman dan ketidakseragaman amalan peserta kajian dalam pentaksiran pembelajaran. Dapatan kajian menunjukkan pengetahuan peserta kajian terhadap PuP, PsP, PkP dan PA memberikan pelbagai konotasi yang berbeza. Wujudnya kekeliruan tentang maksud dan istilah pentaksiran tersebut secara tepatnya kerana peserta kajian tidak dapat memberikan maksud yang jelas walaupun fungsinya masih menggunakan pentaksiran formatif dan sumatif. Amalan PuP, PsP, PkP dan PA peserta kajian menunjukkan pola berdasarkan kepada tujuan, kriteria, strategi, kualiti, maklumat dan alat pentaksiran. PuP menunjukkan dapatan untuk meningkatkan PdP dengan penggunaan pendekatan pedagogi seperti teaterikal (teaterical), nyanyian dan berpusatkan bahan (material oriented). PsP merupakan amalan dan tanggungjawab pelajar. Pelajar perlu diberi peranan untuk melakukan pentaksiran mengikut kreativiti mereka sendiri. PkP pula diamalkan untuk menilai pelajar bagi mendapatkan markah dan gred dalam tugasan, latihan dan aktiviti yang dilakukan. PA diamalkan bagi menerapkan nilai-nilai akhlak yang baik kepada pelajar melalui tingkah laku, cara berpakaian, sifat, sikap dan tutur kata yang baik dan sopan bagi membentuk keperibadian seseorang bakal guru. 
610 2 0 |a Universiti Sultan Zainal Abidin   |x Dissertations 
610 2 0 |a Universiti Sultan Zainal Abidin   |x Faculty of Islamic Contemporary Studies   |v Dissertations 
650 0 |a Educational tests and measurements 
650 0 |a Students   |x Self-rating of 
650 0 |a Teachers   |x Self-rating of 
655 0 |a Dissertations, Academic 
710 2 |a Universiti Sultan Zainal Abidin .   |b Faculty of Islamic Contemporary Studies 
999 |a 1000167485   |b Thesis   |c Reference   |e Gong Badak Campus