Kefahaman Bay'ah dalam sistem demokrasi di kalangan ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu

Bay'ah merupakan salah satu elemen penting dalam proses pelantikan khalifah menurut sistem pemerintahan Islam. Tanpanya, pelantikan seseorang khalifah adalah tidak sah. Begitupun dalam pelaksanaan sistem demokrasi semasa, perbincangan tentang bay'ah seolah diabaikan tidak sebagaimana shura...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Mohd Sufian Mokhtar (Author)
Corporate Author: Universiti Sultan Zainal Abidin . Faculty of Islamic Contemporary Studies
Format: Thesis Book
Language:Malay
Subjects:

MARC

LEADER 00000cam a2200000 7i4500
001 0000090272
005 20221204093000.0
008 161227s2015 my may
040 |a UniSZA   |e rda 
050 0 0 |a BP42.A2   |b .M64 2015 
090 0 0 |a BP42.A2   |b .M64 2015 
100 0 |a Mohd Sufian Mokhtar ,   |e author 
245 1 0 |a Kefahaman Bay'ah dalam sistem demokrasi di kalangan ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu   |c Mohd Sufian bin Moktar 
264 0 |c 2015 
300 |a xxii, 281 leaves :   |b ill. (some col.) ;   |c 30 cm. 
336 |a text  |2 rdacontent 
337 |a unmediated  |2 rdamedia 
338 |a volume  |2 rdacarrier 
502 |a Thesis (Ijazah Sarjana Syariah) - Universiti Sultan Zainal Abidin, 2015 
504 |a Includes bibliographical references (leaves 260-273) 
520 |a Bay'ah merupakan salah satu elemen penting dalam proses pelantikan khalifah menurut sistem pemerintahan Islam. Tanpanya, pelantikan seseorang khalifah adalah tidak sah. Begitupun dalam pelaksanaan sistem demokrasi semasa, perbincangan tentang bay'ah seolah diabaikan tidak sebagaimana shura. Justeru, objektif utama kajian ini adalah untuk melihat sejauhmana kefahaman wakil-wakil rakyat terhadap bay'ah dalam konteks demokrasi di Malaysia. Untuk itu, kajian menjelaskan konsep dan kepentingan bay'ah dalam sistem politik Islam, memahami kedudukan janji taat setia dalam kerangka dan falsafah sistem demokrasi, mengenalpasti kewujudan elemen bay'ah dalam pelaksanaan sistem demokrasi di Malaysia, dan menganalisis kefahaman wakil-wakil rakyat terhadap bay'ah dalam sistem demokrasi di Malaysia. Pada asasnya kajian ini berbentuk kualitatif yang melibatkan kajian kepustakaan dan lapangan. Kajian kepustakaan melibatkan rujukan dari kitab muktabar, karya terpilih dan hasil kajian terdahulu sebagai asas maklumat kajian. Kajian lapangan pula dilakukan dengan menemubual Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu secara bersemuka bagi mengenalpasti tahap kefahaman mereka. Himpunan maklumat dan data yang diperolehi akan dianalisis secara induktif, deduktif dan komparatif bagi mengetengahkan beberapa isu terpenting demi melaksanakan bay'ah bersesuaian sistem politik di Malaysia. Kajian mendapati kontrak antara pemimpin dan rakyat wujud dalam sistem politik Islam dan demokrasi, ia hanya dibezakan oleh aspek ketuanan syarak yang menjadi teras kepada bay'ah. Justeru, ruang untuk melaksanakan bay'ah dalam sistem demokrasi adalah terbuka termasuklah di Malaysia. Kajian turut mendapati keseluruhan responden memberi tindakbalas positif terhadap kepentingan pelaksanaannya dalam sistem demokrasi. Para responden secara amnya mempraktikkan bay'ah walaupun tahap pengetahuan mereka terhadap bay'ah adalah terbatas . Implikasi kajian ini memutuskan bahawa kefahaman secara terperinci terhadap bay'ah mampu mengukuhkan pentadbiran dalam sistem demokrasi di Malaysia agar dapat berjalan secara lebih efisyen. Ini pastinya boleh meningkatkan lagi tahap integriti di kalangan pemimpin politik sekaligus dapat menjamin kestabilan negara. Justeru, kajian ini meyakini bahawa usaha berterusan untuk menerapkan nilai-nilai sejagat yang ada pada bay'ah mampu meningkatkan kefahaman di kalangan ahli politik serta masyarakat awam di Malaysia. 
610 2 0 |a Universiti Sultan Zainal Abidin   |x Dissertations 
610 2 0 |a Universiti Sultan Zainal Abidin   |x Faculty of Islamic Contemporary Studies   |v Dissertations 
650 0 |a Self-realization -- Religious aspects -- Islam 
650 0 |a Sufism 
655 0 |a Dissertations, Academic 
710 2 |a Universiti Sultan Zainal Abidin .   |b Faculty of Islamic Contemporary Studies 
999 |a 1000167479   |b Thesis   |c Reference   |e Gong Badak Campus