Penglibatan dan persepsi pelajar orang asli muslim terhadap pendekatan dakwah disekolah menengah daerah Kuala Kangsar, Perak

Setiap Sekolah Menengah di Negeri Perak mempunyai program dan aktiviti dakwah masing-rnasing. Bagaimanapun, program-program ini tidak membina sahsiah pelajar Orang Asli Muslim sebagaimana pelajar Melayu yang lain. Ini disebabkan pelajar Orang Asli Muslim kurang terlibat dalam program dakwah di sekol...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Mohd Zamri A. Rashid (Author)
Corporate Author: Universiti Sultan Zainal Abidin . Faculty of Islamic Contemporary Studies
Format: Thesis Book
Language:Malay
Subjects:
Online Access:https://eperpustakaan.unisza.edu.my/equip-udm/English/home.jsp
Description
Summary:Setiap Sekolah Menengah di Negeri Perak mempunyai program dan aktiviti dakwah masing-rnasing. Bagaimanapun, program-program ini tidak membina sahsiah pelajar Orang Asli Muslim sebagaimana pelajar Melayu yang lain. Ini disebabkan pelajar Orang Asli Muslim kurang terlibat dalam program dakwah di sekolah, malah kurang peka dengan aktiviti dakwah yang dijalankan. Oleh itu, dakwah kepada golongan ini pada masa kini merupakan satu keperluan yang penting dan kritikal. Usaha dakwah yang pelbagai dilihat sebagai satu pendekatan yang cukup efektif dalam membantu para pelajar Orang AsH Muslim bagi membina akhlak mereka. Kajian ini dilakukan terhadap pelajar Orang Asli Muslim di sekolah menengah untuk melihat kepekaan dan penglibatan mereka dalam aktiviti dakwah di sekolah bagi membentuk akhlak dan sahsiah mereka. Kajian menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif yang mana kaedah kualitatif untuk tujuan melengkapkan teori terhadap pendekatan dakwah manakala kaedah kuantitatif digunakan untuk mendapatkan data yang melibatkan 130 responden daripada para pelajar Orang Asli Muslim daripada 3 buah sekolah menengah di daerah Kuala Kangsar, Perak. Kajian ini menggunakan borang soal selidik serta analisis data secara statistik. Dapatan kajian ini dari segi penglibatan dalam aktiviti dakwah mengundang dapatan yang berbeza. Aktiviti dakwah seperti kuliah dan ceramah menunjukkan 85.4% responden terlibat dalam program ini. Tetapi dalam aktiviti pembudayaan Al-Quran menunjukkan hanya 43% responden sahaja yang terlibat. Dari aspek persepsi mereka terhadap aktiviti dakwah menunjukkan 96.2% responden menyatakan kepekaan mereka terhadap aktiviti dakwah di sekolah. Keputusan kajian juga menunjukkan 95.3% responden bersetuju bahawa aktiviti dakwah telah banyak mempengaruhi pembinaan akhlak mereka. Antara cadangan ialah pihak-pihak yang berkenaan dapat memantapkan lagi program Celik Al-Quran yang telah dijalankan dengan menyediakan guru khas kerana pembacaan Al-Quran adalah asas penting kepada pembinaan akhlak mereka.
Physical Description:128 leaves ; 30cm. 1 computer optical disc (4 3/4 in.)
Bibliography:Includes bibliographical references (leaves 104-108)