| Summary: | Penemuan teori-teori baru dalam Bioteknologi Moden secara umumnya dikuasai oleh kalangan bukan Islam terutamanya di Barat yang hanya menggunakan penjelasan logik semata-mata dalam penemuan mereka. Ini menyebabkan berlakunya ketidaktelusan dan mendatangkan kesan buruk jika tiada satu mekanisme kawalan teologi untuk membuktikan kesahihan teori-teori tersebut. Kajian ini menyingkap usaha pihak Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia menawarkan program-program integrasi kursus Pengajian Islam dengan bioteknologi. Terdapat tiga objektif yang ditetapkan dalam kajian ini. Objektif pertama ialah mengkaji keperluan integrasi kursus Pengajian Islam dengan bioteknologi terhadap pelajar dan graduan dari segi bioetika. Kedua, mengenalpasti kesesuaian kursus Pengajian Islam dengan bioteknologi yang ditawarkan di IPTA. Ketiga, mengkaji persepsi ahli akademik IPTA terpilih tentang kepentingan program integrasi (Pengajian Islam & bioteknologi) terhadap masyarakat umum. Kaedah analisis deskriptif digunakan untuk menganalisis data soal selidik. Manakala data temubual dan silibus program integrasi pula dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Program integrasi yang ditawarkan oleh Universiti Malaya (UM) didapati lebih baik berbanding Universiti Sa ins ISlam Malaysia (US 1M) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) berikutan proses pengintegrasian kursus Pengajian Islam dengan bidang sains khususnya bioteknologi diberi penekanan serius dalam struktur pengajian integrasi ini. Oleh itu, program ini sangat bersesuaian dan selari dengan kehendak industri serta memberi impak positif kepada masyarakat khususnya dalam sektor pekerjaan semasa. Olen yang demikian, kajian ini juga turut mencadangkan kajian lanjut berkaitan pasaran pekerjaan graduan integrasi dan integrasi kursus-kursus lain supaya graduan yang dilahirkan pada masa akan datang mempunyai ilmu pengetahuan yang pelbagai dan mampu beradaptasi dengan zaman moden seiring kepesatan teknologi semasa.
Kata Kunci : Integasi, Bioteknologi Moden, Pengajian Islam & IPTA.
|