Sinonim dalam al-Quran berdasarkan tafsir pimpinan al-Rahman

Tesis ini merupakan satu kajian evaluatif yang meneliti tentang kewujudan sinonim dalam pentafsiran al-Quran. Tujuan kajian ini adalah untuk menilai kewujudan sinonim dalam al-Quran berdasarkan kitab Tafsir Pimpinan aI-Rahman. Bagi mencapai tujuan tersebut, analisis dokumen telah dijadikan metod kaj...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Mohd Suffian Said (Author)
Corporate Author: Universiti Sultan Zainal Abidin . Fakulti Pengajian Kontemporari Islam
Format: Thesis Book
Language:Malay
Subjects:
Online Access:https://eperpustakaan.unisza.edu.my/equip-udm/English/home.jsp
Description
Summary:Tesis ini merupakan satu kajian evaluatif yang meneliti tentang kewujudan sinonim dalam pentafsiran al-Quran. Tujuan kajian ini adalah untuk menilai kewujudan sinonim dalam al-Quran berdasarkan kitab Tafsir Pimpinan aI-Rahman. Bagi mencapai tujuan tersebut, analisis dokumen telah dijadikan metod kajian. Dokumen-dokumen yang dianalisis ialah MLI'jam Mufahras U Alfliz al-Quran al-Katfm dan Tafsir Pimpinan aI-Rahman. Buku-buku penulisan para sarjana bahasa Arab, tafsir-tafsir dan perkamusan Arab turut dianalisis sebagai pelengkap kajian. Kajian ini mendapati bahawa sinonim mempunyai fungsi yang berbagai-bagai termasuklah menyembunyikan kelemahan pemidato atau khatib, memperkayakan kosa kata, memantapkan bahasa puitis, memperjelas dan memperkuatkan makna kosa kata. Kajian ini juga mendapati bahawa fenomena sinonim wujud dalarn Tafsir Pimpinan et¬Rahman dan telah mempengaruhi tafsiran yang dibuat. Kajian ini turut mendapati bahawa daripada 14 pasangan sinonim (33 kosa kata), terdapat 9 pasangan sinonim yang melibatkan 20 kosa kata yang diberikan makna yang agak sama oleh kitab Tafsir Pimpinan aI-Rahman. Justeru, kajian ini mencadangkan penambahbaikan terhadap pentafsiran al-Quran terutamanya yang melibatkan makna kosa kata-kosa kata sinonim yang masih kabur. Kajian lanjut boleh dilakukan oleh para sarjana terhadap sinonim dan pengaruhnya dalam kitab-kitab tafsir Melayu yang lain.
Physical Description:xvi, 175 pages : ill. (some col.) 1 computer optical disc (4 3/4 in)
Bibliography:Includes bibliographical references (leaves 162-168)