| Summary: | Kajian mengenai pemikiran akidah adalah suatu aspek penting diketengahkan bagi mengekal keutuhan akidah Islam dan menangani kekeliruan yang berlaku kepada masyarakat setiap generasi umat Islam termasuk masyarakat Islam kontemporari kini. Namun, kebanyakan kajian berkaitan adalah tertumpu kepada tokoh ulama akidah silarn sama ada di alam Melayu mahupun dalam <Junia Islam secara umumnya. Tidak banyak kajian mengenai pemikiran akidah ketuhanan Uliihiyy:fl'j terhadap tokoh ulama akidah kontemporari dalam dunia Islam, khususnya pemikiran akidah ketuhanan yang diketengahkan oleh Mu~ammad Sa'id Ramacan al-Buli. Oleh itu, kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti sejauh manakah penglibatan Mu~ammad Sa'id Ramadan al-Bul) dalam membina dan mengekalkan keutuhan pemikiran akidah H:ihiyyiit dalam masyarakat Islam kontemporari. Kajian juga bertujuan mengenal pasti keselarian pemikiran akidah iliihiyyiityang ditonjolkan oleh beliau dengan tokoh¬tokoh akidah Ahl al-Sunnah wa al- Jama'ah sebelumnya. Kajian ini menggunakan kaedah anal isis kandungan (content analysis) daripada pelbagai sumber primer tokoh kajian dan sumber sekunder yang berautoriti berkaitannya, di samping menggunakan kaedah temu bual bagi melengkapkan hasil dapatan kajian yang dijalankan. Hasil kajian mendapati bahawa isu-isu akidah iliihiyyiityang dikemukakan oleh Mu~ammad Sa'id Ramadan al-Buli adalah berasaskan kepada metodologi pendalilan Ilmu Kalam yang masyhur dig una pakai oleh jumhur tokoh akidah Ahl al-Sunnah wa at- Jama'ah, merangkumi dalil naql! seperti al-Quran, hadis mutswntir dan ijm;f, manakala dalil 'aql/ seperti Diliilah al-Jltizam dan al-Qiyiis al-U$IiIJ. Oleh itu, kajian telah mengenal pasti bahawa pemikiran : akidah iliihiyy;U yang diketengahkan oleh beliau dalam masyarakat kontemporari ini masih kekal utuh menurut kerangka pemikiran tokoh akidah silam Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah, khususnya dalam kalangan aliran Asha'irah. Kajian turut merumuskan bahawa kemampuan beliau dalam mempertahan serta memperkukuhkan pemikiran akidah iliihiyyiit Ahl al-Sunnah wa al-Jarna'ah al¬Asha'irah, justeru beliau layak untuk dinobatkan sebagai tokoh akidah Ahl al-Sunnail wa al-Jarna'ah kontemporari dalam dunia Islam masa ini.
Kata kunci: Mubammad Sa'Id Ramadan al-Bntl, Akidah, lliihiyyiit, Ahl al-Sunnah wa al-Jarna'ah, Asha'irah
|