Penguasaan kemahiran fleksi (IcRAB) dalam kalangan pelajar sijil tinggi agama Malaysia di Terengganu

Beberapa kajian lepas menunjukkan bahawa tahap penguasaan kemahiran fleksi dalam kalangan para pelajar bahasa Arab adalah lernah, Mereka juga tidak mampu untuk mengaplikasi kaedah-kaedah ilmu nahu bahasa Arab yang dipelajari ke dalam kemahiran berbahasa. Justeru. kajian yang dijalankan ini adalah be...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Mohd Hafizuddin Mohd Sidek (Author)
Corporate Author: Universiti Sultan Zainal Abidin . Faculty of Languages & Communication
Format: Thesis Book
Language:Malay
Subjects:
Description
Summary:Beberapa kajian lepas menunjukkan bahawa tahap penguasaan kemahiran fleksi dalam kalangan para pelajar bahasa Arab adalah lernah, Mereka juga tidak mampu untuk mengaplikasi kaedah-kaedah ilmu nahu bahasa Arab yang dipelajari ke dalam kemahiran berbahasa. Justeru. kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk menerokai fenomena penguasaan kemahiran fleksi oleh pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di Terengganu. Kajian ini melihat perbezaan penguasaan kemahiran fleksi berdasarkan beberapa pemboleh ubah tertentu, iaitu jantina, tahap pencapaian bahasa Arab, tahap tempoh pembelajaran mata pelajaran Nahu STAM di luar kelas dalam seminggu, tahap pendidikan ibu bapa, dan jumlah pendapatan keluarqa, la merupakan kajian kuantitatif yang dijalankan menerusi kaedah tinjauan. Populasi dan sampel kajian terdiri daripada para pelajar tingkatan enam yang menduduki peperiksaan STAM pada tahun 2012 di Terengganu. Bilangan sampel yang terlibat adalah seramai 100 orang pelajar, Instrumen kajian ini pula terdiri daripada dua bahagian utama, iaitu soal selidik latar belakang pelajar dan ujian kemahiran fleksi. Data yang diperolehi daripada instrumen kajian dianalisis dengan menggunakan peri sian "Statistical Package For The Social Science" (SPSS), Terdapat dua statistik analisis utama yang digunakan ke atas pemboleh-pemboleh ubah kajian, iaitu statistik deskriptif dan statistik inferensi. Analisis data menunjukkan bahawa tahap penguasaan kemahiran fleksi secara keseluruhan dalam kalangan para pelajar STAM di Terengganu adalah rendah (min = 50 peratus). Terdapat korelasi positif signifikan yang sederhana kuat di antara gred ujian kemahiran fleksi dengan tahap pencapaian bahasa Arab (r = 0,559). Terdapat juga hubungan dua hala antara tahap penguasaan kemahiran fleksi dengan tahap pencapaian bahasa Arab. Pelajar lelaki pula didapati lebih menguasai kemahiran fleksi secara signifikan berbanding pelajar perempuan. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan pada tahap penguasaan kemahiran fleksi berdasarkan tahap tempoh pembelajaran mata pelajaran Nahu STAM di luar kelas dalam seminggu, tahap pendidikan ibu dan bapa, serta jumlah pendapatan keluarga. Kajian ini telah berjaya menghasilkan dua model iaitu model hubungan dua hala antara penguasaan kemahiran fleksi dengan pencapaian bahasa Arab, dan model penguasaan kemahiran fleksi.
Physical Description:376 leaves : illustrations ; 29 cm.
Bibliography:Includes bibliographical references (leaves 332-348)