| Summary: | Lepa - bahasa kaum Bajau Pantai Timur Sabah di daerah Semporna bermaksud perahu. Lambang keagungan 'survival' dan warisan budaya bangsa Bajau yang wujud hingga ke hari ini. Sekitar kurun ke-14, digunakan oleh pedagang-pedagang tempatan hingga ke Kepulauan Sulu, Borneo, Kalimantan dan Sulawesi. Perayaan Regatta Lepa termasuklah pertandingan Lepa Tercantik dimana Lepa diperbuat daripada kayu jenis Ubar Suluk ataupun Seraya Merah dan dilengkapkan dengan layar kain. Terdapat dua jenis layar iaitu lamak bua'an dan lamak api. Lepa juga berpengaruh dalam pengembangan seni budaya tempatan iaitu persembahan kebudayaan, alat-alat muzik tradisional ataupun tagungguh akan dimainkan di atas Lepa.
|