Published 2004
“…PSB telah dijadikan Pulau Sains dan Teknologi Malaysia oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan
USAINS Holding Sdn Bhd., Universiti Sains Malaysia telah diamanahkan untuk menguruskannya.PSB bertemakan Pemeliharaan, Pemulihan dan Pembangunan Lestari; Tenaga Solar; Mesra Alam; Pulau Pendidikan dan Penyelidikan.PSB telah mengazetkan sebuah makmal 'saiz sebenar' bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan sains di mana empat unsur telah dibangunkan iaitu flora dan fauna, astronomi, geologi serta tenaga diperbaharui iaitu tenaga suria.Sebagai sebuah pulau pelancongan pertama di Malaysia yang menggunakan tenaga suria, PSB mendemonstrasikan tenaga elektrik solar yang telah dibangunkan dengan pemasangan 80 panel solar di jeti pulau tersebut.Ia berupaya menghasilkan 63
volt.PSB juga turut mempunyai sebuah ikon atau maskot bergerak iaitu
Bot Suria Perdana yang juga menggunakan tenaga solar.Kertas kerja ini membentangkan PSB sebagai kajian kes untuk perancangan tenaga bagi sebuah Pulau Pelancongan
Lestari.…”
Get full text