Kesediaan pelajar tingkatan empat mempelajari mata pelajaran pengajian kejuruteraan awam

Kajian ini dijalankan bagi menentukan kesediaan pelajar dari aspek minat, kemahiran bahasa Inggeris dan pengetahuan sedia ada dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah Teknik Seri Iskandar. Kajian deskriptif berbentuk tinjauan ini melibatkan sampel kajian yang...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Hamdan, Abdul Rahim, Musa, Nor Hidayah
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UTM Press 2008
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/8826/
http://eprints.utm.my/8826/3/AbdulRahimHamdan2008_KesediaanPelajarTingkatanEmpatMempelajari.pdf
Description
Summary:Kajian ini dijalankan bagi menentukan kesediaan pelajar dari aspek minat, kemahiran bahasa Inggeris dan pengetahuan sedia ada dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah Teknik Seri Iskandar. Kajian deskriptif berbentuk tinjauan ini melibatkan sampel kajian yang terdiri daripada 78 orang pelajar tingkatan empat sesi 2007 yang mengambil Jurusan Kejuruteraan Awam. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik. Nilai kebolehpercayaan instrumen kajian ini adalah α = 0.906. Data-data mentah dianalisis menggunakan Statistical Packages for the Social Sciences 13.0 (SPSS) untuk mendapatkan frekuensi, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesediaan pelajar dari aspek minat, kemahiran bahasa Inggeris dan pengetahuan sedia ada dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteran Awam di Sekolah Menengah Teknik Seri Iskandar berada pada tahap yang sederhana. Hasil ujian-t pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan minat dan kemahiran bahasa Inggeris antara pelajar lelaki dan perempuan dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan pengetahuan sedia ada antara pelajar lelaki dan perempuan dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam. Dapatan kajian ini boleh dijadikan asas kepada pihak sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk membantu pelajar dalam mengikuti mata pelajaran ini serta dalam mata pelajaran teknikal yang lain.