Ke arah pengurangan kebergantungan tenaga kerja asing di sektor binaan

Perkembangan sektor binaan yang pesat menyebabkan keperluan kepada tenaga kerja melonjak tinggi. Ini menyebabkan berlakunya jurang permintaan yang luas berbanding dengan penawaran tenaga kerja mahir. Akibatnya, berlaku permintaan yang tinggi terhadap tenaga kerja binaan asing dari tenaga kerja binaa...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Mohd. Yusof, Zakaria
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Built Environment, UTM 2005
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/8786/
http://eprints.utm.my/8786/1/ZakariaMohdYusof2005_KeArahPenguranganKebergantunganTenaga.pdf
Description
Summary:Perkembangan sektor binaan yang pesat menyebabkan keperluan kepada tenaga kerja melonjak tinggi. Ini menyebabkan berlakunya jurang permintaan yang luas berbanding dengan penawaran tenaga kerja mahir. Akibatnya, berlaku permintaan yang tinggi terhadap tenaga kerja binaan asing dari tenaga kerja binaan tempatan. Permintaan yang tinggi ini telah menyebabkan kebanjiran pekerja asing tanpa izin. Keadaan ini, sekiranya tidak dibendung akan mengakibatkan mewujudkan sindrom kebergantungan yang keterlaluan kepada pekerja asing, seolah-olah kita ketandusan tenaga kerja tempatan terlatih. Kertas kerja ini akan membincangkan kesan yang dihadapi oleh sektor binaan akibat daripada masalah di atas dan kenapakah sindrom kebergantungan kepada tenaga kerja asing ini berlaku. Seterusnya kertas kerja ini akan membincangkan strategistrategi yang harus diambil bagi menggalakkan tenaga kerja tempatan terutamanya para belia agar lebih berminat menjadikan sektor pembinaan ini sebagai kerjaya mereka seterusnya mengurangkan kebergantungan tenaga kerja asing di sektor binaan.