Penyampaian dan pemupukan nilai melalui pendekatan pengurusan kepelbagaian

Kertas kerja ini menjelaskan penggunaan pendekatan pengurusan kepelbagaian (diversity management) dalam membentuk sahsiah pelajar. Dalam konteks pendidikan Islam, pembentukan sahsiah pelajar dirangkumkan dalam pembentukan akhlak yang mencakupi perhubungan manusia dengan Tuhan, perhubungan manusia de...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ramli, Noor Diana, Said, Hamdan
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2008
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/7992/
http://eprints.utm.my/7992/1/EDUPRES_%28F3%29_12.pdf
Description
Summary:Kertas kerja ini menjelaskan penggunaan pendekatan pengurusan kepelbagaian (diversity management) dalam membentuk sahsiah pelajar. Dalam konteks pendidikan Islam, pembentukan sahsiah pelajar dirangkumkan dalam pembentukan akhlak yang mencakupi perhubungan manusia dengan Tuhan, perhubungan manusia dengan alam, dan perhubungan manusia dengan manusia (makhluk). Kertas kerja bagaimanapun hanya memfokuskan kepada perhubungan manusia dengan manusia. Pendidikan Islam berfokus untuk menjadikan individu sebagai agen yang membentuk individu yang lain. Individu ini memerlukan tiga perkara asas untuk membolehkan dirinya menjadi agen pembetukan akhlak yang baik: ilmu yang diperoleh daripada didikan guru yang mursyid lagi sidiq, pengamalan ilmu yang diperolehi dalam bentuk tingkahlaku (kemahiran-kemahiran), dan ibadah. Ketiga-tiga komponen ini menjadi asas kepada kerangka konsep kertas kerja ini. Pendekatan pengurusan kepelbagaian digunakan kerana semua aspek yang berbeza dalam diri individu diambil kira supaya faktor ini dapat diurus dengan baik dan tidak menjadi faktor penghalang (glass ceiling effects) atau ancaman (threats) kepada organisasi.