Perubahan sosial di kalangan pelajar institusi pendidikan tinggi

Perubahan sosial didefinasikan sebagai perubahan yang berlaku terhadap masyarakat dari satu tingkat kehidupan ke satu tingkat kehidupan yang lain. Perubahan sosial merupakan fenomena yang sentiasa berlaku dalam sesebuah masyarakat. Pendidikan di universiti adalah untuk membekalkan ilmu, kemahiran, d...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Hassan, Zainudin, Abdul Ghaffar, Mohamad Najib, Omar, Abdul Hafidz
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2008
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/7912/
http://eprints.utm.my/7912/1/EDUPRES_%28F3%29_3.pdf
Description
Summary:Perubahan sosial didefinasikan sebagai perubahan yang berlaku terhadap masyarakat dari satu tingkat kehidupan ke satu tingkat kehidupan yang lain. Perubahan sosial merupakan fenomena yang sentiasa berlaku dalam sesebuah masyarakat. Pendidikan di universiti adalah untuk membekalkan ilmu, kemahiran, dan sikap untuk pelajar berkebolehan menangani kelangsungan hidup dan menghadapi perubahan dalam hidup masing-masing. Sehubungan dengan itu, kertas kerja ini bertujuan untuk mengenalpasti perubahan sosial yang berlaku di kalangan pelajar dalam sistem pendidikan tinggi dengan melihat pemboleh ubah dan sasaran perubahan sosial.Terdapat empat objektif dan enam persoalan kajian yang ingin dicapai. Jenis penyelidikan yang dijalankan ialah penyelidikan pembangunan (Development Research). Reka bentuk kajian ini ialah kaedah penyelidikan rentas (Cross-sectional Design) yang dicadangkan oleh Cohen dan Manion (1989). Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kualitatif dan kuantitatif. Kajian ini berharap dapat mengenalpasti perubahan yang wujud dan membina model perubahan sosial di kalangan pelajar IPTA.