Kualiti kehidupan staf akademik di Universiti Teknologi Malaysia

Kajian ini bertujuan mengenalpasti kualiti kehidupan staf akademik di Universiti Teknologi Malaysia. Kualiti kehidupan ini diukur dari segi empat aspek: peluang pembangunan kendiri, kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan, peluang kenaikan pangkat, dan layanan yang diterima di tempat kerja. Soal...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Yong, Kuey Ling, Said, Hamdan
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2008
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/7900/
http://eprints.utm.my/7900/1/EDUPRES_%28F2%29_4.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan mengenalpasti kualiti kehidupan staf akademik di Universiti Teknologi Malaysia. Kualiti kehidupan ini diukur dari segi empat aspek: peluang pembangunan kendiri, kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan, peluang kenaikan pangkat, dan layanan yang diterima di tempat kerja. Soal selidik dengan indeks kebolehpercayaan Alpha Cronbach 0.94 dan temubual digunakan sebagai instrumen kajian. Seramai 340 responden terlibat dalam kajian ini. Data dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS). Dapatan kajian menunjukkan bahawa staf akademik UTM mempunyai peluang yang cukup untuk pembangunan kendiri, menerima kemudahan dan perkhidmatan yang mencukupi, menerima layanan yang baik, tetapi tidak mempunyai peluang yang secukupnya untuk kenaikan pangkat. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina dengan peluang pembangunan kendiri. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara umur dengan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan. Tiada perbezaan yang signifikan antara tempoh perkhidmatan dengan peluang kenaikan pangkat. Akhir sekali, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jawatan hakiki dengan layanan yang diterima di tempat kerja.