Penglibatan ibu bapa dalam membantu membuat kerja rumah (matematik) dikalangan pelajar tingkatan dua: satu tinjauan di sebuah sekolah menengah di daerah Muar
Kajian ini merupakan kajian kualitatif menggunakan kaedah temubual. Ia bertujuan untuk melihat penglibatan ibu bapa dalam menyiapkan kerja rumah matematik para pelajar, meninjau perasaan pelajar dan meneroka kepercayaan pelajar mengenai pencapaian mereka. Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah di d...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Conference or Workshop Item |
| Language: | English |
| Published: |
2008
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.utm.my/7677/ http://eprints.utm.my/7677/1/P34-MohdFami%26Shaharom.pdf |
| Summary: | Kajian ini merupakan kajian kualitatif menggunakan kaedah temubual. Ia bertujuan untuk melihat penglibatan ibu bapa dalam menyiapkan kerja rumah matematik para pelajar, meninjau perasaan pelajar dan meneroka kepercayaan pelajar mengenai pencapaian mereka. Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah di daerah Muar melibatkan enam orang pelajar perempuan tingkatan dua. Rakaman temubual diproses menggunakan perisian Atlas/ti. Hasil kajian mendapati ibu bapa kerap membantu anak-anak membuat kerja rumah. Ini dilakukan melalui teknik modeling, pengukuhan dan arahan langsung. Hasil kajian juga mendapati para pelajar berasa seronok jika ibu bapa melibatkan diri, pemahaman yang lebih dan menunjukkan kesan positif daripada bimbingan ibubapa. Secara keseluruhan kajian ini mendapati para pelajar mempunyai kepercayaan yang positif tehadap penglibatan ibu bapa dalam menyiapkan kerja rumah matematik. Ini dapat dilihat daripada aspek pencapaian akademik para pelajar melalui ketepatan, pemahaman dan tugasan yang diberi oleh guru. Walaubagaimana pun, hasil kajian turut mendapati terdapat pandangan ibu bapa yang bercanggah dengan pandangan guru. Di harap kajian ini dapat menjadi satu panduan kepada masyarakat tentang penglibatan ibu bapa dalam membantu anak-anak membuat kerja sekolah demi kecemerlangan mereka pada masa hadapan. |
|---|