Kesan bahan mangkin ke atas proses pengawetan resin isopoliester dalam penghasilan komposit matrik polimer

Penggunaan bahan mangkin yang berbeza jenis dan peratus akan mempengaruhi tempoh dan suhu pengawetan resin isopoliester yang digunakan sebagai bahan matrik bagi penghasilan komposit polimer bertetulang gentian kaca (GFRP). Ujian gel dilakukan ke atas campuran resin dan bahan tiga mangkin jenis perok...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad, Norhayati, Hussin, Munirah
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Mechanical Engineering 2004
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/6490/
http://eprints.utm.my/6490/1/NorhayatiAhmad2004_Kesan_bahan_mangkin_ke_atas_proses_pengawetan.pdf
Description
Summary:Penggunaan bahan mangkin yang berbeza jenis dan peratus akan mempengaruhi tempoh dan suhu pengawetan resin isopoliester yang digunakan sebagai bahan matrik bagi penghasilan komposit polimer bertetulang gentian kaca (GFRP). Ujian gel dilakukan ke atas campuran resin dan bahan tiga mangkin jenis peroksida organik. Sifat setiap mangkin dan kesan ke atas proses pengawetan resin ditentukan dari ujian gel peringkat pertama dan komposisi bahan mangkin yang sesuai juga dikenalpasti bagi menentukan suhu dan tempoh pengawetan resin bagi proses penarikan. Analisis ke atas beberapa sampel dari ujian gel peringkat kedua pula boleh digunakan untuk mendapatkan parameter proses penarikan iaitu kelajuan penarik, suhu pada zon pertama dan zon kedua acuan. Data yang diperolehi boleh digunapakai kerana menghampiri parameter yang digunakan dalam proses penarikan yang sebenar di kilang membuat komposit khususnya bagi profil komposit berterusan.