Faktor-faktor Mempengaruhi Pemilihan Kursus Dan Masalah-masalah Pembelajaran Dalam Mempengaruhi Pencapaian Akademik Pelajar Tingkatan 4 Aliran Teknikal Di Tiga Buah sekolah Menengah Teknik Di Negeri Sembilan

ABSTRAK : Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor pemilihan kursus dan masalah-masalah pembelajaran dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Seramai 225 orang pelajar aliran teknikal tingkatan 4 di tiga buah Sekolah Menengah Teknik di Negeri Sembilan dipilih secara ra...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Yahaya, Azizi, Ismail, Norhashimah
Format: Article
Language:English
Published: 2008
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/6247/
http://eprints.utm.my/6247/1/aziziyah_masalah.pdf
Description
Summary:ABSTRAK : Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor pemilihan kursus dan masalah-masalah pembelajaran dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Seramai 225 orang pelajar aliran teknikal tingkatan 4 di tiga buah Sekolah Menengah Teknik di Negeri Sembilan dipilih secara rawak sebagai responden kajian. Kajian ini menggunakan satu set soal selidik untuk mengumpul data dan maklumat. Data yang didapati dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package For Social Science) versi 11.5. Analisis data ini diterangkan secara kekerapan, peratusan dan min. Nilai kebolehpercayaan instrumen kajian ini adalah α = 0.84. Hasil kajian mendapati min keseluruhan bagi faktor-faktor pemilihan kursus dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar adalah 4.17. Manakala min keseluruhan bagi dan masalah-masalah pembelajaran dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar adalah 4.00. Oleh itu, jelas membuktikan bahawa faktor-faktor pemilihan kursus dan masalah-masalah pembelajaran mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Justeu itu, beberapa cadangan telah dikemukakan bagi meningkatkan lagi pencapaian akademik pelajar Sekolah Menengah Teknik di Negeri Sembilan.