Pembangunan pelajar dari perspektif Rasulullah s.a.w.; satu pendekatan soft skills di KUKTEM

Di peringkat universiti, penglibatan secara menyeluruh semua pihak di dalam usaha membangunkan pelajar amatlah mustahak bagi melahirkan graduan yang cemerlang dan berketerampilan. Di KUKTEM potensi pelajar dibangunkan melalui penekanan kepada elemen-elemen Soft Skills iaitu, kepimpinan, bekerja di...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd. Daud, Zuridan, Hashim, Haslinda
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2006
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/596/
http://eprints.utm.my/596/1/ZuridanMohdDaud2006_Pembangunanpelajardariperspektifrasulullah.pdf
Description
Summary:Di peringkat universiti, penglibatan secara menyeluruh semua pihak di dalam usaha membangunkan pelajar amatlah mustahak bagi melahirkan graduan yang cemerlang dan berketerampilan. Di KUKTEM potensi pelajar dibangunkan melalui penekanan kepada elemen-elemen Soft Skills iaitu, kepimpinan, bekerja di dalam kumpulan, kemahiran berkomunikasi, penghayatan kepada nilai-nilai positif dan kemampuan belajar dengan melibatkan peranan semua pihak bermula dari pengurusan tertinggi, pensyarah hinggalah kepada staf pentadbiran. Meneliti sejarah kehidupan Rasulullah s.a.w, kita akan menemui khazanah berharga pengalaman baginda s.a.w di dalam proses membangunkan potensi manusia. Baginda s.a.w bermula dengan membina generasi melalui pendekatan bersepadu iaitu membangunkan daya intelek, meningkatkan kemahiran bekerja dan menghidupkan kecerdasan rohani di kalangan pengikut baginda s.a.w. Pengalaman berharga yang dilalui oleh Rasulullah saw inilah yang akan digali sebagai panduan di dalam aktiviti pembangunan pelajar hari ini ke arah melahirkan generasi yang cemerlang akademik dan cemerlang sahsiahnya. Kertas kerja ini akan menekankan kepada kaedah yang ditekankan oleh baginda s.a.w di dalam pembangunan manusia melalui sirah (sejarah) hidup Rasulullah s.a.w sebagai contoh ikutan ummah dan sejauhmana penekanan baginda s.a.w terhadap kelima-lima elemen yang menjadi teras kepada Soft Skills di KUKTEM.