Tahap Kompetensi Guru Sekolah Rendah Terhadap Pengajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris
ABSTRAK : Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kompetensi guru sekolah rendah terhadap pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Kajian ini memfokuskan kepada enam persoalan kajian. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik untuk mengukur tahap kompetensi...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
2008
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.utm.my/5901/ http://eprints.utm.my/5901/1/Aziziyah_math.pdf |
| Summary: | ABSTRAK : Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kompetensi guru sekolah rendah
terhadap pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Kajian ini memfokuskan
kepada enam persoalan kajian. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik
untuk mengukur tahap kompetensi responden. Tahap kompetensi dikaji daripada aspek yang
berkaitan dengan penggunaan bahasa Inggeris, kaedah pengajaran, dan bahan bantu mengajar
yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Seramai 73 orang guru yang
mengajar matapelajaran sains dan matematik dari lima buah sekolah di daerah Port Dickson,
Negeri Sembilan terpilih sebagai responden. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan
perisian Statistical Package for The Social Science (SPSS 12.0) untuk mendapatkan frekuensi,
min, dan sisihan piawai manakala ujian-t, ANOVA, dan korelasi Pearson digunakan untuk
menganalisis hipotesis. Hasil kajian mendapati bahawa tahap kompetensi guru sekolah rendah
terhadap pengajaran sains dan matematik berada di tahap tinggi bagi kaedah pengajaran dan
bahan bantu mengajar. Manakala bagi penggunaan bahasa Inggeris pula berada pada tahap yang
sederhana. Bagi hipotesis, faktor penggunaan bahasa Inggeris, kaedah pengajaran dan bahan
bantu mengajar mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan antara faktor tersebut
mengikut pengalaman mengajar dan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor
tersebut dengan jantina. Selain itu, didapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan
antara penggunaan bahasa Inggeris dan bahan bantu mengajar dengan opsyen dan terdapatnya
perbezaan yang signifikan antara faktor kaedah pengajaran dengan opsyen.
(Kata kunci : tahap kompetensi, penggunaan bahasa Inggeris, kaedah pengajaran, bahan bantu
mengajar, mata pelajaran sains dan matematik) |
|---|