Program pembangunan pelajar di Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Teknologi Malaysia

Kertas kerja ini membincangkan program pembangunan pelajar yang dilaksanakan oleh Jawatan Kuasa Pembangunan Pelajar di Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia (FPPSM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai. Sejak jawatan kuasa tersebut ditubuhkan sehingga hari ini, pelbagai program m...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad, Mohamed Fuad, Ab. Rahman, Hamidah, Zaidin, Norzaidahwati, Muhammad, Faruk, Omar, Rozeyta, Azman, Sariati, Jamil, Rosillah, Othman, Aniza
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2006
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/519/
http://eprints.utm.my/519/1/MohamedFuadAhmad2006_Programpembangunanpelajardifakulti.pdf
Description
Summary:Kertas kerja ini membincangkan program pembangunan pelajar yang dilaksanakan oleh Jawatan Kuasa Pembangunan Pelajar di Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia (FPPSM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai. Sejak jawatan kuasa tersebut ditubuhkan sehingga hari ini, pelbagai program motivasi dilaksanakan untuk pelajar-pelajar yang menunjukkan prestasi akademik yang kurang memuaskan dan ini telah dijalankan secara berterusan.Program motivasi yang telah dijayakan baru-baru ini memperlihatkan suatu kelainan apabila ia melibatkan bukan sahaja pelajar-pelajar berprestasi lemah tetapi juga mereka yang berprestasi cemerlang dalam akademik. Tujuan program ini ialah untuk membentuk pelajar supaya bersahsiah mulia, berdaya tahan, sedar terhadap kewajipan menuntut ilmu, sentiasa meningkatkan dan mengekalkan komitmen serta kecemerlangan dalam segala bidang termasuk akademik. Antara pengisian program ini ialah Taaruf Bersama Penasihat Akademik, Mentor-Mentee, Penetapan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Sasaran, Ceramah Pengurusan Stres, Perbincangan Analisis Masalah Dalaman (Problem Mooney Checklist), Perbincangan Penasihat Akademik dengan Pelajar, Riadah serta Ceramah dan Analisis Ujian Personaliti. Berdasarkan kepada penilaian yang dibuat (penilaian peserta) program ini telah berjaya membantu pelajar menjadi seorang yang bermotivasi, berkeyakinan serta berani menghadapi cabaran hidup. Cadangan telah dikemukakan kepada pihak FPPSM berdasarkan hasil post-mortem program bagi membantu mempertingkatkan dan memantapkan lagi program pembangunan pelajar FPPSM di masa akan datang.