Penurasan minyak sawit mentah: Satu kajian awal

Tujuan kajian ini ialah untuk mendapatkan satu kaedah baru bagi penjernihan minyak sawit mentah. Pada peringkat awal, kaedah penurasan vakum (arah atas dan aras bawah) dan penurasan tekanan tinggi telah menjadi tumpuan kajian ini, Analisis makmal telah dilakukan untuk penurasan vakum dengan kaedah o...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ripin, Adnan, Abdul Aziz, Ramlan, Saidi, Hamdani, M., Nor Hashimah, A. C., Norlela
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 1991
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/4740/
http://eprints.utm.my/4740/1/AdnanRipin1991_PenurasanMinyakSawitMentah.pdf
Description
Summary:Tujuan kajian ini ialah untuk mendapatkan satu kaedah baru bagi penjernihan minyak sawit mentah. Pada peringkat awal, kaedah penurasan vakum (arah atas dan aras bawah) dan penurasan tekanan tinggi telah menjadi tumpuan kajian ini, Analisis makmal telah dilakukan untuk penurasan vakum dengan kaedah operasi suhu 70-90 darjah C dan tekanan vakum 15.96-66.5 kN/m2, manakala operasi untuk penurasan tekanan tinggi ialah pada suhu 90 darjah C dengan tekanan 400-600 kN/m2. Sementara itu, bagi penurasan vakum arah atas, ujikaji dijalankan pada 90 darjah C dan tekanan operasi 13.15-65.78 kN/m2. Hasil daripada kajian didapati bahawa nilai a kek yang terbentuk adalah dalam julat 2x10(10)-1.7x10(10)m/kg untuk penurasan vakum. Dan julat kek bagi penurasan tekanan tinggi ialah 1.14x10(12)-4.417x10(12)m/kg. Dalam kaedah ini juga, telah didapati bahawa kehilangan minyak dalam kek adalah tinggi. Walau bagaimanapun kehilangan minyak dapat dikurangkan dengan bantuan proses pengeringan vakum atau penekanan hidraulik. Kaedah penekanan pada tekanan hidraulik 1400 kN/m2 telah dilakukan dan didapati kehilangan minyak melalui kek berkurang sebanyak 4%.