Pembangunan sistem panduan pemilihan kursus dan kerjaya berdasarkan teori kecerdasan pelbagai dan pemilihan kerjaya John Holland

Penyelidikan ini memberi penekanan kepada penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pembangunan pendidikan dan kerjaya pelajar. Tujuan penyelidikan ialah untuk membantu pelajar mendapatkan deskripsi yang tepat tentang diri, pemilihan kursus di peringkat pengajian tinggi, dan perancang...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Latif, Wannoraini, Awang Kechil, Sharuddin, Kesuven, Prebagaran, Tunku Shahrul, Azmil, P., Parameswaran
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2006
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/468/
http://eprints.utm.my/468/1/WannorainiAbdulLatif2006_Pembangunansistempanduanpemilihankursus.pdf
Description
Summary:Penyelidikan ini memberi penekanan kepada penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pembangunan pendidikan dan kerjaya pelajar. Tujuan penyelidikan ialah untuk membantu pelajar mendapatkan deskripsi yang tepat tentang diri, pemilihan kursus di peringkat pengajian tinggi, dan perancangan kerjaya masa hadapan. Faktor pemilihan adalah berdasarkan kepada kecerdasan dan personaliti pelajar. Penyelidik telah membangunkan sistem pemilihan kursus dan kerjaya yang dinamakan ‘Education and Career Guidance’. Terdapat lima komponen utama dalam sistem ini iaitu Ujian Kecerdasan Pelbagai, Ujian Pesonaliti, data kelayakan akademik dan peribadi pelajar. Sistem ini dapat membantu pelajar membuat keputusan yang lebih tepat dan praktikal. Sistem yang dibangunkan adalah berasaskan kepada Web. Bahasa pengaturcaraan yang digunakan adalah PHP dan MySQL sebagai pangkalan data. Algoritma yang digunakan dalam ujian adalah berdasarkan Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner dan Teori Kerjaya John Holland. Kedua-dua teori ini digunakan dalam ujian yang disediakan. Model Spiral digunakan dalam proses pembangunan perisian. Kaedah kajian pula berdasarkan kepada pendekatan tinjauan dan pemerhatian. Subjek kajian ialah guru kaunselor dan pelajar tingkatan 6 atas, Sekolah Menengah Seksyen 16, Shah Alam. Penilaian yang dilakukan menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar bersetuju bahawa sistem ini dapat membantu mereka dalam pemilihan kursus dan kerjaya masa hadapan mereka. Oleh itu pertumbuhan dan perkembangan personaliti pelajar menjadi lebih sistematik dan terancang.