Simulasi tekanan sentuhan dinamik bagi brek cakera menggunakan kaedah unsur terhingga."
Tekanan sentuhan amat penting di mana ianya dapat menentukan daya kilas dan kuasa pembrekan serta tidak langsung menentukan prestasi sesuatu system brek. Parameter ini juga diperlukan dalam kajian hingar sistem brek. Hingga kini tiada peralatan yang boleh mengukur taburan tekanan sentuhan apabila...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Universiti Kebangsaan Malaysia
2005
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.utm.my/453/ http://eprints.utm.my/453/1/cem05-030_Abd.pdf |
| Summary: | Tekanan sentuhan amat penting di mana ianya dapat menentukan daya kilas dan
kuasa pembrekan serta tidak langsung menentukan prestasi sesuatu system brek.
Parameter ini juga diperlukan dalam kajian hingar sistem brek. Hingga kini tiada
peralatan yang boleh mengukur taburan tekanan sentuhan apabila sesuatu sistem
berada di dalam keadaan dinamik. Oleh yang demikian, kaedah berangka melalui
kaedah unsur terhingga (KUT) adalah pilihan yang sesuai bagi menentukan parameter ini. Kertas kerja ini bertujuan untuk mendapatkan taburan tekanan sentuhan dinamik bagi brek jenis cakera secara simulasi. Model 3 dimensi brek cakera dibina dan telah diujisahkan melalui analisis modal. Perbandingan taburan tekanan sentuhan statik antara ujikaji dan simulasi juga dibuat. Selain itu,topografi permukaan bahan geseran diambil kira dan maklumat tersebut dimasukkan ke dalam program komputer iaitu ABAQUS v6.4 untuk disimulasikan bagi mendapatkan taburan tekanan sentuhan. |
|---|