Faktor-faktor yang memberi kesan kepada pengeluaran minyak pada bahagian mendatar telaga

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji factor-faktor yang mempengaruhi pengeluaran minyak pada bahagian mendatar telaga. Kajian telah ditumpukan kepada penilaian kesan-kesan kecerunan tekanan di sepanjang bahagian mendatar telaga dan interaksinya dengan aliran di dalam reserbor minyak. Persamaan mo...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd. Arshad, Azmi, Selamat, Kasim
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains & Sumber Alam, UKM Sabah 1992
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/4048/
http://eprints.utm.my/4048/1/SKMBT_60007072009371.pdf
Description
Summary:Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji factor-faktor yang mempengaruhi pengeluaran minyak pada bahagian mendatar telaga. Kajian telah ditumpukan kepada penilaian kesan-kesan kecerunan tekanan di sepanjang bahagian mendatar telaga dan interaksinya dengan aliran di dalam reserbor minyak. Persamaan model matematik telah dibentuk bagi aliran bendalir dua fasa menggunakan kaedah pengabadian jisim dan momentum. Model ini telah digabungkan dengan kolerasi aliran dua fasa di dalam paip dan juga dengan satu simulasi reserbor berangka minyak hitam yang telah sedia ada. Satu pengacaraan komputer telah dibentuk. Model ini kemudiannya telah digunakan untuk mengkaji kesan panjang telaga, diameter selongsong, diameter tetiub dan tekanan kepala telaga terhadap pengeluaran minyak. Keputusan telah menunjukkan bahawa pemilihan diameter selongsong dan tetiub adalah penting untuk mengoptimumkan kadar pengeluaran minyak. Penggunaan diameter selongsong dan tetiub yang kecil akan mengurangkan pengeluaran. Ia juga dapat membuktikan bahawa anggapan yang dibuat selam ini bahawa kecerunan tekanan di dalam paip boleh diabaikan dalam menilai prestasi pengeluaran adalah tidak boleh diterima.