Masalah penyesuaian: punca pelajar gagal menyempurnakan pengajian di universiti
Perkembangan yang pesat dalam pendidikan tertiari dapat disaksikan melalui kadar enrolmen pelajar di institusi pengajian tinggi yang semakin meningkat. Peningkatan ini adalah selaras dengan peranan pendidikan tertiari yang semakin penting bagi mencapai matlamat pembangunan pendidikan tertiari 2001-2...
| Main Authors: | , , , |
|---|---|
| Format: | Conference or Workshop Item |
| Language: | English |
| Published: |
2006
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.utm.my/378/ http://eprints.utm.my/378/1/MariaChongAbdullah12006_Masalahpenyesuaianpuncapelajargagal.pdf |
| Summary: | Perkembangan yang pesat dalam pendidikan tertiari dapat disaksikan melalui kadar enrolmen pelajar di institusi pengajian tinggi yang semakin meningkat. Peningkatan ini adalah selaras dengan peranan pendidikan tertiari yang semakin penting bagi mencapai matlamat pembangunan pendidikan tertiari 2001-2010 yang bertujuan menyediakan tenaga menusia yang mencukupi dari segi kuantiti dan kualiti untuk memenuhi keperluan negara. Maka sudah menjadi tanggungjawab institusi pengajian tinggi untuk mengeluarkan graduan yang mempunyai kecemerlangan dalam bidang akademik, berketrampilan, berdaya saing, dan bersahsiah melalui pelbagai usaha dan strategi. Walau bagaimana banyak kajian yang lepas telah menunjukkan pelajar atau mahasiswa tidak berjaya menyempurnakan pengajian di universiti disebabkan oleh masalah penyesuaian. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan menerokai masalah penyesuaian yang dialami oleh para mahasiswa melalui tinjauan terhadap kajian yang lepas, di samping meninjau tahap dan masalah penyesuaian di kalangan sekumpulan pelajar di salah sebuah universiti tempatan. Kajian awal menunjukkan 51.9% daripada pelajar ini menunjukkan tahap penyesuaian yang sederhana, manakala 18.5% menunjukkan tahap penyesuaian yang rendah. Masalah penyesuaian yang paling ketara dari aspek akademik ialah pelajar menghadapi kesukaran dalam melaksanakan kerja akademik (min=3.78), dan tidak cekap menggunakan masa untuk belajar (min=3.85). Masalah penyesuaian dari aspek peribadi-emosi pula merangkumi masalah fizikal seperti berasa letih (Min=3.78), dan masalah tidak dapat bertanggungjawab terhadap diri sendiri (Min=3.93). |
|---|