Pembangunan aplikasi multimedia : Perbandingan dua perisian: Visual Basic 3.0 vs Authorware Professional 2.0

Sesebuah sistem itu dikatakan sebagai sebuah sistem Multimedia apabila ia mampu mengawal elemen-elemen Multimedia yang terdiri daripada teks, imej tetap, animsi, audio dan video. Terdapat banyak aplikasi yang dianggap sebagai sebuah sistem Multimedia seperti perisian kursus Pengajaran Berbantukan K...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Yusof, Norazah, Kumoi, Rosely
Format: Conference or Workshop Item
Published: 2000
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/3325/
Description
Summary:Sesebuah sistem itu dikatakan sebagai sebuah sistem Multimedia apabila ia mampu mengawal elemen-elemen Multimedia yang terdiri daripada teks, imej tetap, animsi, audio dan video. Terdapat banyak aplikasi yang dianggap sebagai sebuah sistem Multimedia seperti perisian kursus Pengajaran Berbantukan Komputer, Kios maklumat, perisian persembahan, hipermedia, mail elektronik dan perisian sistem maklumat. Bagi pembangun sistem, terdapat banyak perisian yang boleh digunakan. Namun, daripada mengguna bahasa pengaturcaraan C atau bahasa himpunan, adalah lebih mudah jika mereka menggunakan perisian penggubahan (Authoring software). Ini adalah kerana kebanyakan perisian penggubahan menyediakan kemudahan untuk membolehkan elemen-elemen Multimedia dicapai dan digabungkan. Kertas kerja ini bertujuan untuk membuat perbandingan antara dua perisian penggubahan yang digunakan dalam pembangunan sistem Multimedia iaitu perisian Visual Basic versi 3.0 dan perisian Authorware Professional versi 2.0. Perbandingan yang dibuat adalah berdasarkan antara lainnya kepada kemudahan yang disediakan oleh perisian untuk menggabungkan elemen-elemen Multimedia, ciri-ciri ramah pengguna, format-format perisian lain yang disokongnya, bilangan pengekodan aturcara yang diperlukan serta kos pembelian perisian penggubahan tersebut. Berpandukan kepada rekabentuk sistem, pembangun sistem Multimedia boleh membuat keputusan dalam memilih perisian penggubahan yang sesuai dengan aplikasi Multimedia mereka serta bersesuaian dengan buget yang ditetapkan.