Kajian perbandingan secara komprehensif ke atas pelajar bumiputera lepasan SPM berbanding pelajar lepasan sijil matrikulasi yang mengikuti kursus pengajian di UTM
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah memulakan sesi pengambilan pelajar daripada pelbagai asas kemasukan iaitu Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Lepasan Sijil Matrikulasi dan Lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada Semester I Sesi 2002/2003. Lantaran itu, satu tinjauan telah d...
| Main Authors: | , , , |
|---|---|
| Format: | Monograph |
| Language: | English |
| Published: |
Universiti Teknologi Malaysia
2003
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.utm.my/2877/ http://eprints.utm.my/2877/1/73041.pdf |
| Summary: | Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah memulakan sesi pengambilan pelajar daripada pelbagai asas kemasukan iaitu Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Lepasan Sijil Matrikulasi dan Lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada Semester I Sesi 2002/2003. Lantaran itu, satu tinjauan telah dibuat dalam menentukan samada langkah yang telah diambil adalah benar-benar tepat atau memerlukan
pembaikan dalam pengambilan pelajar pelbagai asas kemasukan ini.Oleh kerana majoriti kumpulan pelajar yang terlibat dalam sesi kemasukan kali ini adalah di kalangan Pelajar Lepasan SPM dan Lepasan Sijil matrikulasi, maka kumpulan ini telah dipilih untuk dilihat sejauh manakah prestasi mereka dalam mengharungi sesi pembelajaran di universiti dan ia lebih mengkhusus kepada ‘survival’ pelajar bumiputera itu sendiri. Walaubagaimanapun, seiringan dengan kemasukan kumpulan pelajar ini, satu aspek yang turut perlu diberi perhatian adalah pemantauan pencapaian akademik mereka dalam persepsi pemilihan kemasukan berasaskan sistem meritokrasi. Oleh kerana sistem meritokrasi ini mementingkan siapa yang benar-benar layak sahaja akan mendapat tempat di institusi pengajian tinggi, maka sekali lagi dalam kes ini, mereka sekali lagi dipilih untuk dilihat samada adakah kumpulan pelajar yang berjaya mendapat tempat ini telah menggunakan peluang yang diperolehi oleh mereka sebaik mungkin dan sejauh manakah prestasi mereka selama ini. |
|---|