Pembangunan Perisian Multimedia Berasaskan Proses Pembelajaran Berasaskan Masalah dalam Subjek Sains Komputer

Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) merupakan satu inovasi yang signifikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bidang seperti perubatan, kejuruteraan, sains komputer dan undang-undang. Masalah dunia sebenar akan dikemukakan kepada pelajar di mana ianya akan menjadi pemandu utama ke arah...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad, Ibrahim, Aris, Baharuddin, Harun, Jamalludin
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2004
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/2238/
http://eprints.utm.my/2238/1/Kertas_Kerja_sub08_no4.pdf
Description
Summary:Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) merupakan satu inovasi yang signifikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bidang seperti perubatan, kejuruteraan, sains komputer dan undang-undang. Masalah dunia sebenar akan dikemukakan kepada pelajar di mana ianya akan menjadi pemandu utama ke arah pembelajaran pelajar. Proses pembelajaran menggunakan kaedah ini nampaknya menunjukkan hasil penyelidikan yang memberangsangkan mengikut para penyelidik yang telah menggunakannya. Proses ini juga telah cuba diterapkan dengan penggunaan komputer sebagai satu wadah untuk menjadikan proses pembelajaran lebih menarik dan signifikan. Beberapa model telah dicadangkan untuk membentuk satu proses yang kukuh ke arah pembangunan perisian multimedia berasaskan proses PBL ini. Ia turut mengaitkan ciri-ciri utama proses PBL dan teknik pembangunan perisian komputer. Proses penilaian formatif dan sumatif dalam mengumpul data kualitatif dan kuantitatif dijalankan untuk memastikan objektif yang ditetapkan akan dicapai. Kertas kerja ini bertujuan menerangkan proses pembangunan perisian multimedia berasaskan proses PBL dalam subjek sains komputer.