Faktor Penggunaan Komputer Dan Kaitannya Dengan Kesediaan Mengikuti Pembelajaran Dalam Talian Di Kalangan Pelajar Sarjana

Kajian ini bertujuan mengkaji faktor-faktor penggunaan komputer, iaitu sikap, kecelikan, dan kemudahan komputer di kalangan pelajar Sarjana Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Daripada tiga faktor tersebut, kajian ini ingin mengenal pasti faktor penggunaan komputer yang paling utama...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Tasir, Zaidatun, Harun, Jamalludin, Lim, Ser Yen
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UTM Press 2006
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/2107/
http://eprints.utm.my/2107/1/JT44E6.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan mengkaji faktor-faktor penggunaan komputer, iaitu sikap, kecelikan, dan kemudahan komputer di kalangan pelajar Sarjana Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Daripada tiga faktor tersebut, kajian ini ingin mengenal pasti faktor penggunaan komputer yang paling utama di kalangan pelajar. Selain itu, kesediaan pelajar untuk mengikuti pembelajaran dalam talian turut dikaji. Kajian ini juga menguji sama ada wujudnya korelasi yang signifikan antara faktor-faktor penggunaan komputer dengan kesediaan pelajar untuk mengikuti pembelajaran dalam talian. Borang soal selidik telah digunakan untuk mengumpul data-data tersebut. Analisis deskriptif dan ujian korelasi Pearson dua arah pada aras á = 0.01 telah digunakan untuk menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan pelajar bersikap positif (min = 3.29), mempunyai kecelikan komputer yang sederhana (min = 2.59), dan berpendapat bahawa kemudahan komputer di tempat pengajian adalah tidak mencukupi (min = 2.64). Daripada tiga faktor yang dikaji, sikap (min = 3.29) merupakan faktor penggunaan komputer yang utama di kalangan pelajar Sarjana Pendidikan. Pelajar juga didapati belum bersedia dengan secukupnya untuk mengikuti pembelajaran dalam talian (min = 2.93). Walau bagaimanapun, terdapat korelasi yang sederhana dan rendah antara sikap (r = 0.385) dan kecelikan (r = 0.267) penggunaan komputer dengan kesediaan pelajar untuk mengikuti pembelajaran dalam talian. Kemudahan komputer di tempat pengajian (r = 0.415) pula mempunyai korelasi yang sederhana dengan kesediaan pelajar untuk mengikuti pembelajaran dalam talian.