Simbolisme Sains dalam wahyu keserasian antara ayat Maqru'ah dengan ayat Manzurah

Makro kosmos atau alam semesta merupakan Kitab Allah [wahyu Allah] yang bersifat kawni. Dalam lain perkataan ia dikenali sebagai ayat-ayat al-kawniyah [ayatullah al-kawniyyah]. Mikro kosmos pula ialah ayat-ayat Allah yang bersifat qur’ani [yang dibaca] dan ia merupakan pasangan kepada makro kosmos...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Awang, Ramli
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UTM Press 2003
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/1485/
http://eprints.utm.my/1485/1/JT38E%5B3%5D.pdf
Description
Summary:Makro kosmos atau alam semesta merupakan Kitab Allah [wahyu Allah] yang bersifat kawni. Dalam lain perkataan ia dikenali sebagai ayat-ayat al-kawniyah [ayatullah al-kawniyyah]. Mikro kosmos pula ialah ayat-ayat Allah yang bersifat qur’ani [yang dibaca] dan ia merupakan pasangan kepada makro kosmos. Ayat-ayat yang bersifat qur’ani adalah sebagai panduan untuk manusia meneroka ayat-ayat al-kawniyyah. Kedua-dua ayat ini sama sekali tiada pertentangan bahkan saling membenarkan dan berkaitan. Ayat-ayat quran ditafsirkan oleh ayat quran yang lain, begitu juga dengan ayat al-kawni, ia juga saling ditafsirkan oleh ayat kawni yang lain. Selain daripada itu ayat kawni juga menjadi pentafsir kepada ayat qur’ani. Tegasnya kedua-dua ayat Allah tersebut saling mentafsirkan antara sesamanya. Kedua-duanya ada sifat simbolis yang unik lagi tersendiri; masing-masing saling memperkukuhkan antara sesamanya dalam ruang dan peranan yang berbeza. Kertas ini bertujuan mendedahkan keserasian ciptaan Allah yang terdapat pada ayat-ayat-Nya dalam rangka memperlihatkan sifat keesaan dan keagungan-Nya supaya hamba-hamba-Nya benar-benar mengabdikan diri kepada-Nya; serta meninjau khitab Quran yang ditujukan kepada mereka yang berakal untuk memahami kaitan ayat manzurah dengan maqru’ah secara simbolis.