Punca Berlakunya Masalah Gejala Gengsterisme Di kalangan Remaja Di beberapa Buah Sekolah Menengah Di empat Buah Negeri

Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti punca berlakunya masalah gejala gengsterisme di kalangan remaja sekolah menengah di empat iaitu Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor.Seramai 400 orang pelajar terdiri pelajar tingkatan empa dipilih secara kelom...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Yahaya, Azizi, Buang, Rosnah
Format: Article
Language:English
Published: 2007
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/1483/
http://eprints.utm.my/1483/1/FAKTOR-jurnal1.pdf
Description
Summary:Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti punca berlakunya masalah gejala gengsterisme di kalangan remaja sekolah menengah di empat iaitu Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor.Seramai 400 orang pelajar terdiri pelajar tingkatan empa dipilih secara kelompok atas kelompok.Instrumen kajian yang digunakan merupakan adaptasi daripada soal selidik Gangs Acitivities Perception Questionnaire (FAPQ) dan Perceptions Toward Youth Gangs. Darjah kebolehpercayaan (alfa cronbach) bagi instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah 0.8432. Para pelajar melaporkan bahawa kekerapan perlakuan gengsterisme secara keseluruhannya berada di tahap yang rendah. Rakan sebaya merupakan orang yang paling kerap dirujuk oleh pelajar sebagai paling berpengaruh berlakunya masalah gengsterisme. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara faktor-faktor gejala gengsterisme dengan pendapatan keluarga dan prestasi akademik. Tahap faktor-faktor gejala gengsterisme di kalangan pelajar sekolah menengah secara keseluruhannya adalaah berada pada tahap yang rendah. (katakunci: gejala gengsterisme, remaja, masalah gejala gengsterisme, kekerapan perlakuan gengsterisme)