Kajian sifat kehausan dan kekerasan komposit matriks aluminium

Dewasa ini, bahan komposit matriks logam digunakan dengan meluas dalam sektor perindustrian terutamanya industri automotif dan pengangkutan udara. Kajian ini menekankan kepada penghasilan komposit aluminium yang ditetulangi dengan 20% dan 40% partikel SiC melalui kaedah penekanan sejuk proses metalu...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Idris, Jamaliah, Salim, Farid, Suliman, Zahrulail, Osman, Edynoor
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UTM Press 2003
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/1448/
http://eprints.utm.my/1448/1/JT38A%5B2%5D.pdf
Description
Summary:Dewasa ini, bahan komposit matriks logam digunakan dengan meluas dalam sektor perindustrian terutamanya industri automotif dan pengangkutan udara. Kajian ini menekankan kepada penghasilan komposit aluminium yang ditetulangi dengan 20% dan 40% partikel SiC melalui kaedah penekanan sejuk proses metalurgi serbuk. Pensinteran pada suhu 450°C dan 550°C dilakukan bagi meningkatkan sifat-sifat mekanikal spesimen yang telah dihasilkan. Objektif kajian adalah merangkumi kepada pengujian ke atas sifat kekerasan dan sifat haus spesimen yang dihasilkan. Ujian kekerasan Vickers menunjukkan Al tulen/SiC/40p yang disinter pada suhu 550°C menunjukkan nilai kekerasan yang maksimum iaitu 90.3 Hv. Sementara itu, ujian haus ‘pin-on disc’ juga menunjukkan bahawa Al tulen/SiC/40p memberikan sifat rintangan haus yang terbaik. Ini menunjukkan rintangan haus bertambah apabila nilai kekerasan semakin tinggi.