Pendedahan maklumat kewangan menerusi Internet : praktis dan hubungan dengan penentu syarikat

Kajian ini membincangkan amalan pelaporan penyata kewangan menerusi internet dalam laporan tahunan syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia. Objektif utama kajian untuk melihat sama ada wujud hubungan di antara pendedahan maklumat kewangan menerusi internet dengan penentu syarikat. Sampel kajian i...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ali Khan, Mohd. Noor Azli, Chio, Li Fen, Tan, Wan Teng
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Management and Human Resource Development 2006
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/1390/
http://eprints.utm.my/1390/1/MohdNoorAzli2006_PendedahanMaklumatKewangan.pdf
Description
Summary:Kajian ini membincangkan amalan pelaporan penyata kewangan menerusi internet dalam laporan tahunan syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia. Objektif utama kajian untuk melihat sama ada wujud hubungan di antara pendedahan maklumat kewangan menerusi internet dengan penentu syarikat. Sampel kajian ini terdiri daripada keseluruhan 598 buah syarikat yang tersenarai di Papan Utama Bursa Malaysia sehingga berakhir pada 31 Disember 2003. Hasil kajian mendapati sebanyak 357 buah (65.9%) syarikat mempunyai laman Web dengan 259 buah (72.5%) syarikat mendedahkan maklumat kewangan sekaligus menunjukkan bahawa terdapat peningkatan bilangan syarikat yang mendedahkan maklumat kewangan menerusi Internet di Malaysia. Seterusnya, melalui ujian statistik yang dilakukan menunjukkan bahawa saiz syarikat, keuntungan syarikat dan jenis industri adalah antara penentu yang mempunyai hubungan yang positif dengan amalan pendedahan maklumat kewangan menerusi internet bagi syarikat yang tersenarai di Papan Utama Bursa Malaysia