Ketepatan Kaedah Pengekosan Berasaskan Aktiviti (Abc) Berbanding Kaedah Pengekosan Tradisional Dalam Pengekosan Produk: Pemangkin Kepada Program 6-Sigma

Para pengurus mungkin tidak menyedari bahawa teknik pengekosan yang digunakan untuk menyediakan laporan kewangan yang mematuhi peraturan percukaian adalah tidak sesuai digunakan bagi tujuan membuat keputusan strategik berkaitan harga jualan, kawalan dan program pengurangan kos. Kertas kerja ini bert...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Harun, Muhammad Adli, Mohd. Rohani, Jafri, Wan Hamid, Wan Harun
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UTM Press 2002
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/1313/
http://eprints.utm.my/1313/1/JT37A2.pdf
Description
Summary:Para pengurus mungkin tidak menyedari bahawa teknik pengekosan yang digunakan untuk menyediakan laporan kewangan yang mematuhi peraturan percukaian adalah tidak sesuai digunakan bagi tujuan membuat keputusan strategik berkaitan harga jualan, kawalan dan program pengurangan kos. Kertas kerja ini bertujuan menerangkan dan membincangkan kepada pihak pengurusan kesan penggunaan teknik pengekosan tradisional dan seterusnya mencadangkan kaedah pengekosan alternatif iaitu pengekosan berasaskan aktiviti (ABC). Teknik ini menyediakan maklumat yang lebih tepat untuk membuat keputusan. Kajian kes dan analisis telah dilakukan bagi membuktikan bahawa teknik pengekosan tradisional yang diamalkan oleh kebanyakan syarikat menghasilkan keputusan yang kurang tepat berbanding dengan pengekosan ABC. Metodologi pengekosan ABC juga dilihat dapat diintegrasikan dengan metodologi 6-Sigma untuk peningkatan kualiti produk atau proses.